Wednesday, February 17, 2010

Ada harga ada rupa

Salam...entry kali ini aku sekadar nak berkongsi pengalaman hidup di University Hall. Buat masa ini aku tinggal buat sementara di Wait e Ata University Hall untuk summer accommodation. Untuk pengetahunan, uni hall yang aku diami sekarang merupakan uni hall yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan uni hall yang lain. Tempatnya agak strategik, berhampiran dengan gym, library dan hanya 15 minit berjalan kaki untuk ke city. Dan mempunyai view yang cantik…wahhi really like it.

Kemudahan yang disediakan cukup memuaskan hati. Aku dapat bilik yang luas, wardrobe yang besar, common room yang terurus, dapur yang kemas dan bersih. Pendek kata ini lah ‘rumahku syurgaku’. Tetapi aku hanya berpeluang tinggal di sini untuk tempoh 3 bulan sahaja. Walaupun bayaran mingguan agak mahal tetapi kemudahan yang aku perolehi adalah cukup berbaloi. Namun, ‘syurgaku’ ini tak kekal lama, hujung minggu ini aku terpaksa pindah dari ‘apartment 5 bintang’ ke rumah tumpangan takde bintang….huhuhu sedih…sob2x

Tadi aku berpeluang untuk melihat rumah yang bakal aku diami pada sabtu ini. Itu pun sebab my friend akan tinggal kt rumah yang sama juga. Tetapi dia masuk seminggu lebih awal dari aku. By the way, rumah ni ada 3 bilik. Menurut my friend, sebelum ini keadaan rumah ni lebih teruk dengan bau yang hapak, dapur yang kotor, dan makanan bersepah-sepah. Aku tak pasti siapa penyewa yang seorang lagi. Keadaan uni hall yang bakal aku diami ini juah berbeza dengan apa yang sedang aku nikmati sekarang. Uni hall ini seolah-olah tidak diselenggara dengan baik oleh pihak yang berkenanan. Banyak yang tidak diperbaiki contohnya lampu dapur yang tidak menyala, karpet yang berbau hapak. Aku pun tak pasti macam mana penyewa sebelum ini boleh hidup dengan keadaan yang macam tu punya teruk dan…tak sanggup nak sebut perkataan tersebut. Namun disebalik segala kelemahan-kelemahan yang ada…aku akui banyak kelebihan sekiranya aku tinggal di sini. Pertama, jarak dari office dari rumah hanya la 1 blok sahaja, jadi aku ada lebih masa untuk berada di office untuk buat kerja-kerja yang sepatutnya. Kedua, sewa rumah disini jauh lebih murah berbanding uni hall yang lain. Aku hanya perlu bayar 120NZD pw berbanding 175 pw rumah sekarang. Ketiga aku dapat jimat duit tambang bus dari kelburn campus ke karori campus. Ke empat kawasan rumah ni dekat dengan Mall untuk shopping barang-barang dapur. Memikirkan kemudahan-kemudahan yang aku perolehi aku ketepikan kelemahan2 yang ada. Afterall kalau nk hidup senang lenang baik balik Malaysia. Tetapkan niat…insyaallah semua akan dipermudahkan. Amin

Mak selalu cakap…ADA HARGA ADA RUPA…

Thursday, February 11, 2010

akhirnya

salam...

Akhirnya aku berjaya juga untuk menghasilkan nasi briani :)...Macam yang pernah aku bagi tau pada entry yang lepas, aku teringin sangat nk makan nasi briani..hari ni tercapai juga hajat...alhamdulilah

Sebenarnya aku tak ke office pada hari ni sebab macam tak sampai hati nk biarkan adik2 yang tak sampai 48 jam berpijak di bumi wellington berjalan tak tentu hala tuju. Jadi hari ni aku luangkan masa dengan diorang untuk tunjukkan di mana halal butcher, asian store, pak n save dan tempat-tempat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup di sini.

Tujuan utama aku memasak nasi briani ni sebenarnya saja nak jamu adik-adik yang baru sampai. Teringat masa baru-baru sampai dulu danlah kepenatan lapar pulak tu...kene tunggu the next day baru leh cari makanan...tu pun nasib la jumpa buah2an...perut ni nak makan nasi juga...

berbalik kepada cerita memasak ini. kalau nak tau resepinya..leh tgk kt bawah ni...

3 cawan beras basmati
6 ketul ayam bahagian dada adalah terbaik
4 cm halia (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
1 biji bawang merah (dikisar)
1 rempah briani Shan
1 pek rempah tumis
1 cawam air asam jawa
1 biji cili capsican (hijau or merah)
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Perap ayam bersama 1 sudu halia, 1 sudu bawang putih dan 1 sudu rempah briani selama sejam.
2. Panaskan satu cawan air di dalam periuk dan rebus ayam yang telah diperap tadi sehingga ayam empuk dan air tersebut kering.
3. Kemudian keluarkan ayam tersebut dan masukkan minyak. Tumis rempah tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan rempah briani dan tumis sehingga rempah tersebut garing.
4. Masukkan air asam jawa dan didihkan buat seketika. Kemudian masukkan ayam tadi dan gaul buat seketika.
5. Dalam periuk yang berasingan masak nasi bersama 4 1/2 cawan air dan biarkan ia 2/3 masak.
6. Dalam periuk yang berasingan, masukkan ayam secara berselang dengan nasi dan sambung panaskan nasi tersebut.
7. Gaul nasi sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba.

Wednesday, February 10, 2010

I have a new housemate

Salam...

Mulai hari ni aku tidak lagi keseorangan di rumah ini. Semalam aku telah mendapat seorang teman seflat yang baru...

Alhamdulilah flatmate ini adalah orang Malaysia juga. Dia merupakan pelajar TESL dari maktab yang buat twinning program dengan victoria university. Akhirnya ada juga teman untuk berbual2 selepas balik dr office. kalau tak temanku hanya laptop dan juga tv. Thanks Izan kerana menjadi flatmate pertama kak ct..:)

Kali ini seramai 60 pelajar dari Malaysia akan datang ke sini untuk mengikut program di sini selama 2 tahun. Alhamdulilah semakin ramailah org Malaysia di bumi Wellington ini. Tapi org kata, di Wellington ini mmg ramai pelajar Malaysia. Tak tahu la coz belum berpeluang untuk berjumpa ngan pelajar Malaysia yang dikatakan ramai itu. Ya lah semester belum bermula. Tunggu lah lepas 20 haribulan ni...baru la boleh lihat suasana sebenar kehidupan di kampus.

So, to all newcomers...Kia ora...enjoy ur new life in Wellington :)

Tuesday, February 9, 2010

Al fatihah

Salam,

Semalam lebih kurang dalam pukul 5.30 aku mendapat sms yang cukup mengejutkan dari kak long. Kak Fadilah sesi keluarga telah pulang ke rahmatullah setelah terlibat dalam kemalangan di lebuh raya PLUS.

Lebih menyedihkan kesemua mangsa rentung kerana kereta yang mereka naiki terbakar setelah melanggar belakang trelar.

Semoga roh mereka sekeluarga dirahmati oleh Allah

Saturday, February 6, 2010

sabtu dan kenduri kahwin

salam...
Hari ni hari sabtu dan aku tak keluar ke mana-mana pun. Walaupun cuaca baik tapi aku lebih suka duduk di rumah.Ye la hari ni la aku nk habiskan masa dgn berkemas, cuci baju (mesin basuh le...takde makna nak basuh tangan kt sini) lepas 2 jam dh boleh lipat.

kalau di Malaysia hari ni ramai orang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Teringat keenakan nasi minyak, nasi briani, ayam masak kurma, ayam masak merah. Yum-yum lauk2 yang biasa dihidangkan untuk menjamu tetamu yang datang.

Hari ni mengidam nak makan lauk-lauk di majlis perkahwinan, jadi menu untuk tengahari ini adalah nasi minyak dan ayam masak kurma. Pada asalnya nak buat nasi briani, tetapi semalam cuba cari rempah nasi briani di asian store tak de pula. So tukar la menu ke nasi minyak yang lebih mudah bahan-bahannya.

Tercapai juga hajat nak makan nasi minyak. Ahamdulilah..


beras baru nk masak


ayam yang baru nak empuk

nak tau resepinya

(untuk seorang: boleh makan dua kali tengahari dan malam)

1 cawan beras Bhasmati
1 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 pek rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih

cara memasak

1) didihkan air dan susu.
2) tumis rempah tumis bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang (tak leh nk blend coz takde blender) dalam periuk yang berasingan.
3) setelah bahan-bahan yg ditumis naik bau, masukkan beras yang telah dibersihkan dan goreng sehingga agak-agak dah kuning (1-2 minit).
4)kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam air dan susu yang telah didihkan tadi.
5)Masak nasi sehingga kering.

resepi ayam masak kurma amat mudah...cuma beli rempah kurma alif...kemudian masukkan rempah tersebut ke dalam periuk. tumis seketika dan masukkan ayam gaul sehingga rata kemudian masuk air lebih kurang 300ml...didih sehingga ayam tu empuk...simple jek...

selamat mencuba....

menu for lunch

Monday, February 1, 2010

Border Security...

Salam,

Aku sekadar ingin berkongsi rancangan kegemaran Border Security semasa di Aussie lagi. Tak sangka pula di NZ pun rancangan ini turut disiarkan. Racangan ini berbentuk dokumentari yang mengesahkan mengenai bagaimana pihak kastam Aussie menjalankan tugas menjaga sempadan negara daripada dicerobohi anasir-anasir yang mampu menjejaskan keselamatan, ekonomi, dan kesihatan negara.

Apa yang menyebabkan aku sangat berminat dengan rancangan ini adalah ketelusan pegawai kastam menjalankan tugas. Mereka bersikap mesra terhadap pelanggan tetap bersikap tegas dalam menjalankan tanggungjawab. Sebagai contoh seorang pegawai kastam ditugaskan untuk menyoal siasat seorang lelaki yg disyaki datang ke Aussie bukan atas tujuan untuk melancong tetapi atas niat lain. Apa yang membuatkan aku tertarik adalah cara pegawai ini menjalankan tugas. Dia menyoal dengan nada suara yang lembut dan sopan. Tetapi setiap soalan yang ditanya sebenarnya bertujuan untuk menjerat lelaki tersebut supaya berlaku jujur. Selepas beberapa jam akhirnya lelaki tersebut mengaku dia datang ke Aussie adalah untuk mencari peluang pekarjaan. So kesabaran tersebut membuahkan hasil.

Seterusnya, kawalan di semua pintu masuk Aussie dikawal dengan ketat. Masih teringat masa mula-mula nk ke Aussie dulu, macam-macam cerita yang menakutkan yang didengari mengenai kastam di airport aussie. Bila dh alami sendiri mmg cukup mendebarkan. Bayangkan semasa menunggu bagasi, terdapat 2 ekor anjing yg berlegar-legar dengan kawalan pegawai kastam untuk mengesan sama ada penumpang ada membawa barang-barang yang menyalahi undang-undang seperti dadah atau barang-barang yang perlu diisytihar seperti daging, bijiran, hasil tenusu dan buah-buahan. Alasan utama adalah menjaga keselamatan negara dari penyakit-penyakit yang boleh merebak melalu bahan-bahan tersebut. Tetapi, secara peribadi aku rasa tujuan utama adalah untuk menjaga industri mereka.

Jauh berbeza dengan kawalan keselamatan di pintu-pintu utama negara kita. Pertama kali pulang ke Malaysia dr Perth aku amat terkejut kerana aku boleh menembusi pintu KLIA dengan mudah tanpa sebarang pemeriksaan. Aku tak perlu untuk menunggu lama untuk pemeriksaan kastam yang memenatkan macam di Aussie. Dari sudut positif orang ramai tak perlu berbaris panjang untuk menjalani pemeriksaan kastam tetapi dari sudut negetif negara terdedah dengan anasir-anasir yang mampu menjejaskan keselamatan, imej, dan ekonomi negara.

Laporan akhbar mengenai kelemahan penguatkuasaan kastam dalam membendung gejala pengedaran dadah melalui KLIA tidak memeranjatkan kerana kawalan di pintu-pintu masuk utama itu amat lemah. Jadi, bagi mengelakkan imej negara daripada terus dilabel sebagai pusat transit dadah, langkah proaktif perlu diambil bagi memperbaiki kawalan di semua sempadan negara.