Monday, February 1, 2010

Border Security...

Salam,

Aku sekadar ingin berkongsi rancangan kegemaran Border Security semasa di Aussie lagi. Tak sangka pula di NZ pun rancangan ini turut disiarkan. Racangan ini berbentuk dokumentari yang mengesahkan mengenai bagaimana pihak kastam Aussie menjalankan tugas menjaga sempadan negara daripada dicerobohi anasir-anasir yang mampu menjejaskan keselamatan, ekonomi, dan kesihatan negara.

Apa yang menyebabkan aku sangat berminat dengan rancangan ini adalah ketelusan pegawai kastam menjalankan tugas. Mereka bersikap mesra terhadap pelanggan tetap bersikap tegas dalam menjalankan tanggungjawab. Sebagai contoh seorang pegawai kastam ditugaskan untuk menyoal siasat seorang lelaki yg disyaki datang ke Aussie bukan atas tujuan untuk melancong tetapi atas niat lain. Apa yang membuatkan aku tertarik adalah cara pegawai ini menjalankan tugas. Dia menyoal dengan nada suara yang lembut dan sopan. Tetapi setiap soalan yang ditanya sebenarnya bertujuan untuk menjerat lelaki tersebut supaya berlaku jujur. Selepas beberapa jam akhirnya lelaki tersebut mengaku dia datang ke Aussie adalah untuk mencari peluang pekarjaan. So kesabaran tersebut membuahkan hasil.

Seterusnya, kawalan di semua pintu masuk Aussie dikawal dengan ketat. Masih teringat masa mula-mula nk ke Aussie dulu, macam-macam cerita yang menakutkan yang didengari mengenai kastam di airport aussie. Bila dh alami sendiri mmg cukup mendebarkan. Bayangkan semasa menunggu bagasi, terdapat 2 ekor anjing yg berlegar-legar dengan kawalan pegawai kastam untuk mengesan sama ada penumpang ada membawa barang-barang yang menyalahi undang-undang seperti dadah atau barang-barang yang perlu diisytihar seperti daging, bijiran, hasil tenusu dan buah-buahan. Alasan utama adalah menjaga keselamatan negara dari penyakit-penyakit yang boleh merebak melalu bahan-bahan tersebut. Tetapi, secara peribadi aku rasa tujuan utama adalah untuk menjaga industri mereka.

Jauh berbeza dengan kawalan keselamatan di pintu-pintu utama negara kita. Pertama kali pulang ke Malaysia dr Perth aku amat terkejut kerana aku boleh menembusi pintu KLIA dengan mudah tanpa sebarang pemeriksaan. Aku tak perlu untuk menunggu lama untuk pemeriksaan kastam yang memenatkan macam di Aussie. Dari sudut positif orang ramai tak perlu berbaris panjang untuk menjalani pemeriksaan kastam tetapi dari sudut negetif negara terdedah dengan anasir-anasir yang mampu menjejaskan keselamatan, imej, dan ekonomi negara.

Laporan akhbar mengenai kelemahan penguatkuasaan kastam dalam membendung gejala pengedaran dadah melalui KLIA tidak memeranjatkan kerana kawalan di pintu-pintu masuk utama itu amat lemah. Jadi, bagi mengelakkan imej negara daripada terus dilabel sebagai pusat transit dadah, langkah proaktif perlu diambil bagi memperbaiki kawalan di semua sempadan negara.

No comments:

Post a Comment