Friday, June 17, 2011

Wonderworld Melaka!!!

Dua hari sebelum aku berlepas ke NZ, aku sempat menghabiskan masa 'berendam' dengan anak-anak kak long. Ni merupakan taman tema air yg ke dua selepas A Famosa. Tiketnya boleh tahan jugak la RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Mula-mula rasa cam tak nak mandi tapi bila difikirkan rasa macam rugi plak. so mandi jugak la...

Taman tema ni berkonsepkan hidupan yang telah lama pupus iaitu 'dinosaur'. ada 4-5 maskod taman tema ni. Rupa yang cantik tapi perangainya buruk sikit. suka-suka hati tolak-tolak tong sampah. geram jek tengok. tapi nak ambil sikap positif la. mungkin dia ni tak nampak or kepala dia besar sangat dan dia tak nampak.

So ni adalah beberapa kenangan yang sempat diabadikan.

Busu and afiq on a steep sloop...scary


Aiman yang masih takut2 lagi


The entrance


'a waterfall' from a big basket


Maskod yng nakal-nakal


secomel Aiman....

musim sejuk dan hikmahnya

Bagi negara yang mempunyai 4 musim esp di hemispera selatan sekarang kami berada dalam musim sejuk. aku bersyukur walau sesejuk mana pun Wellington ianya masih lagi tak bersalji seperti dibeberapa kawasan di NZ spt di kawasan pergunungan atau di Pulau Selatan.

Musim sejuk bukanlah satu musim yang dinanti-nantikan oleh aku dan aku yakin orang lain pun mempunyai perasaan yang sama. Dengan waktu siang yang pendek, cahaya matahari yang kelihatan agak 'malu2' untuk menampakkan cahayanya, angin yang bertiup kencang, dan hujan yang tidak tentu masa membataskan tugasan seharian seseorang. Namun disebalik segala kesukaran ini aku bersyukur atas nikmat musim sejuk ini.

pada musim ni aku dapat lihat bertapa pentingnya pakaian. Masyarakat barat yang memandang kaum wanita muslim yang 'membungkus' tubuhnya dengan pakaian dilihat sebagai satu bentuk penindasan terhadap kaum wanita muslim, mula mengikuti jejak langkah yang sama. Pada musim ini,mereka mula menutup setiap inci badan mereka dengan pakaian yang tebal untuk meminimumkan rasa sejuk ini. Bukankah itu salah satu bentuk 'plagarism' dalam berpakaian? Jadi salahkah kaum wanita muslim berpakaian menutupi badan mereka? Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri.

Pada musim ni banyak hikmahnya, disebabkan rata-rata wanita menutup aurat maka kuranglah sikit maksiat mata ni. kalau ke city susah nak melihat org memakai pakaian yang menjolok mata. semuanya sopan-sopan berlaka...Jadi bersyukurlah. setiap nikmat Allah tu ada hikmahnya. cuma kita antara nampak ataupun tak.

Thursday, June 16, 2011

my new interest

sejak2 ada camera baru ni...minat untuk ambil gambar bertambah...so these are photos that I have taken...enjoy!!!I'm still new so I need to learn about the art of photography. ada sesapa nak tolong ajarkan?

ni gambar rama-rama di Changi Airport. cantik bukan?


ni gambar Humairah....pandai ambil gambar sambil cover gigi yang dah mereput...She's cute.


oh amalina...senyumanmu....rindu mahu memeluk kamu.


dina, mira, dan alang


ok, nanti aku upload lagi...

Wednesday, June 15, 2011

bila mau berubah ni?

Sebahagian pendidik berpendapat bahawa pelajar akan dapat belajar dengan baik apabila guru memberitahu secara terperinci apa yang perlu dilakukan dan memberitahu jawapan yang betul. Tetapi adakah dengan memberitahu semua yang mereka perlu tahu membantu pelajar untuk belajar? Adakah dengan memberitahu merupakan satu-satunya wardah untuk menyampaikan ilmu?

Perkara ini aku pernah bincangkan dengan salah seorang teman. sebagai seorang yang berpeengalaman sebagai seorang pendidik, beliau melihat cara pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru pada masa kini masih lagi sama dengan cara pengajaran yang beliau amalkan semasa menjadi guru 25 tahun yang lepas. beliau dengan lantang menyatakan bahawa cara pengajaran guru masih lagi ditakuk yang lama. Mengapa perkara ini terus berlaku? Aku ada sesuatu yang ingin dikongsikan...

seperti juga sesorang itu berniaga, peniaga akan menawarkan sesuatu produk sekiranya terdapat permintaan terhadap produk tersebut. Begitu juga keadaannya dengan pendidikan kita. Permintaan yang tinggi terhadap 10 A+ menyebabkan guru mengamalkan strategi pengajaran yang memastikan pelajar dapat keputusan yang diharapkan. Jadi aku berpendapat bahawa guru tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya sekiranya gaya pengajaran yang diamalkan masih lagi mengunakan kaedah yang lama. ini kerana cara penilaian terhadap tahap pencapaian pelajar juga masih lagi tak jauh berubah.

Jadi, bagaimana guru-guru boleh mengubah gaya pengajaran sekiranya penilaian terhadap pelajar masih lagi ditahap yang lama? Jadi sama-sama kita fikirkan....

Tuesday, June 14, 2011

Kelantan vs Terengganu

Filgth aku adalah pada 12 june. tapi 11 june adalah bday mak..so we having a dinner at my mum's house sambil menyaksikan perlawanan piala FA Kelantan lawan Terengganu.

FYI, anak-anak sedaraku adalah peminat bola sepak kelantan yang tegar terutama sekali azim (suka hati menggunakan perkataan itu). but it is true. Aku ni neutral jek tak menyebelahi mana-mana team. Tapi bagi menyemarakkan perlawanan itu, aku saja menyokong pasukan Terengganu.

Ni merupakan perlawaan pertama yang aku saksikan bersama-sama dengan anak buah, yet it is the longest game I have watched.

masa first half tu aku cam bosan la sebab kedua-dua team tak score lagi...tapi bila kelantan score minit2 akhir tu..anak2 buah dah senyum dh...cam corfirm akan menang...tp bila Terengganu dpt score disebabkan oleh kesilapan pemain sendiri...org yang paling kecewa adalah azim..sampai dia cakap..'ahgh, tak nak tengok lah'...then aku cakap 'tak nak tgk tutup la mata' aku mmg betul-betul tak sangka dia tutup betul2...(tp kejap je la, pastu dia bukak balik)

then pada masa tambahan tu nampak azim sgt tertekan..dan dia bertambah tertekan bila Terengganu score lagi 1 goal hasil sepakan sudut....terus jek si azim tutup telinga tak nak dgr aku jerit..tensi la tu...tp best dapat menyakat dia...tp yg aku tak sangka azim leh menangis...mmg sangat fanatik anak buah aku yg sorang ini....
I will miss you azim. nanti kita tgk game bola sesama lagi....

p/s:tak suka keeper kelantan yang suka tangkap bola then terus baring...bila terengganu dah score, terus jek tak nk buat dah...padan muka mung!!!

perjalanan yang panjang

Alhamdulilah, akhirnya sampai juga ke bumi Welly ni dengan selamanya. Perjalanan yang dari KLIA--> Changi--> Chirstchurch --> Wellington memakan masa 19 jam termasuk transit memang cukup memenatkan.

Aku berlepas dari KLIA ke Changi pada jam 2.45 ptg. Sesampai di sana aku cuma cuci mata dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Barang-barang berjenama memang banyak yang dijual seperti COACH, Gucci. tapi mata ni hanya mampu memandang tak mampu untuk membeli kerana dalam dompet hanya berbekal 60 dollar jek. cukup untuk membeli makanan sementara menunggu flight ke Chirstchurch. Apa yang menarik di Changi adalah Butterfly garden. aku sempat la masuk kejap. tapi yang tak menarik adalah butterfly garden ni bertangga. cam ne la aku nak tolak bagasi aku yg bergentil2 ni. Jadi lupakan aje la.

Then, flight aku ke Chirstchurch adalah pada jam 7.45 mlm. aku sempat solat jamak takdim magrib dan isyak. maklumla airport singapore ni tak macam airport KLIA siap dengan surau bagai. jadi aku solat la kt mana aku suka. cari sudut2 terpencil sujud mengadap Allah. sepanjang penerbangan tu aku rasa sgt selesa sebab tak ramai org. aku duduk sebaris dgn seorang perempuan yang agak berumur. kami tak berbual pun sebab aku terlalu letih agaknya. aku pura-pura pejam mata. kang buka mulut kang banyak plak citernya....

sesampai di airport Chirstchurch, aku terpaksa ke counter biosecurity sebab aku ada membawa makanan yang perlu diisytihar. tu aku tak kisahlah. tapi yang buat aku nk gelak adalah mamat dan minah kastam ni cam tak puas hati aku bawa habastus sauda. dia saip tanya...'do you intent to plant it here?'...aku senyum jek la...aku cakap la..'this is for health purposes'...tak puas hati lagi...check kt google, wikipedia...dan last sekali dia cakap..'I need to bring it to the lab.' lama gak la aku tunggu...hampir 30 minit...akhirnya dia cakap...'ok, your item is harmless, welcome back!!'fuhh selamat..kalau dia buang mau keciwa sebab habatus sauda tu mak beli masa mak buat haji tahun lepas...

tu adalah antara coretan perjalanan ku...dah selalu sangat mengembara seorang diri...kita tak tau apa yang akan berlaku pada masa hadapan...dengan iringan doa insyaallah Allah akan memelihara kita...

p/s: nasib baik berada di CHCH tu pada waktu pagi, kalau petang tak tau la...maybe hari ni aku masih lagi terkandas di sana disebabkan oleh gempa

Friday, June 3, 2011

masih wujudkah?


Saja-saja nak berkongsi cerita mengenai rancangan tv terbitan tv3 yang terbaru iaitu NORA ELENA. Tetiba jek aku ter'hook' dgn cerita ni sebelum aku fly back to NZ.
cerita ni diadaptasi dari sebuah novel. tah, aku pun bkn kaki novel jadi mmg tak tahu mengenai jalan cerita drama ni. disebabkan drama ni ramai plak perempuan yang mengidamkan lelaki sebaik Seth Tan. kecoh gak esp di facebook. ada kawan2 yang menghantarkan status yang berbaur beremosi. biasa lah perempuankan lembut hatinya, mudah tersentu. tapi yang pasti cerita ni ada banyak klimaks yang membuatkan penonton ternanti2 apakah yang akan berlaku pada episod seterusnya, Cumanya wujudkah lelaki yang sebaik seth tan....
tah la...hanya Nabi Muhammad saw sebaik-baik icon suami, lelaki, kekasih, bapa, pemimpin etc yang terbaik...

Kepada anak dara di luar sana, mari kita sama-sama panjatkan doa agar mendapat bakal suami yang mencontohi akhalak Rasulullah.

Kepada yang telah berkahwin, jangan lupa sentiasa berdoa agar suami anda berubah dan mencontohi sikap rasulullah dalam melayari bahtera rumah tangga.