Sebahagian pendidik berpendapat bahawa pelajar akan dapat belajar dengan baik apabila guru memberitahu secara terperinci apa yang perlu dilakukan dan memberitahu jawapan yang betul. Tetapi adakah dengan memberitahu semua yang mereka perlu tahu membantu pelajar untuk belajar? Adakah dengan memberitahu merupakan satu-satunya wardah untuk menyampaikan ilmu?
Perkara ini aku pernah bincangkan dengan salah seorang teman. sebagai seorang yang berpeengalaman sebagai seorang pendidik, beliau melihat cara pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru pada masa kini masih lagi sama dengan cara pengajaran yang beliau amalkan semasa menjadi guru 25 tahun yang lepas. beliau dengan lantang menyatakan bahawa cara pengajaran guru masih lagi ditakuk yang lama. Mengapa perkara ini terus berlaku? Aku ada sesuatu yang ingin dikongsikan...
seperti juga sesorang itu berniaga, peniaga akan menawarkan sesuatu produk sekiranya terdapat permintaan terhadap produk tersebut. Begitu juga keadaannya dengan pendidikan kita. Permintaan yang tinggi terhadap 10 A+ menyebabkan guru mengamalkan strategi pengajaran yang memastikan pelajar dapat keputusan yang diharapkan. Jadi aku berpendapat bahawa guru tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya sekiranya gaya pengajaran yang diamalkan masih lagi mengunakan kaedah yang lama. ini kerana cara penilaian terhadap tahap pencapaian pelajar juga masih lagi tak jauh berubah.
Jadi, bagaimana guru-guru boleh mengubah gaya pengajaran sekiranya penilaian terhadap pelajar masih lagi ditahap yang lama? Jadi sama-sama kita fikirkan....
No comments:
Post a Comment