Monday, April 30, 2012

ayuh 'menabung' dalam ASA

Assalamualaikum.... Agak lama menyepi dari mengemaskini kisah kehidupan seharian di bumi Allah sebelum kembali ke 'alam' yang lebih kekal. Tadi aku sekadar google masjid proton city. Tah tergerak hati untuk menaip perkataan itu...tapi lain yang aku cari lain pula yang aku jumpa. Bila tekan butang enter keluarlah senarai apa-apa yang berkaitan dengan masjid proton city. aku terpanggil untuk membuka link ini 'http://sarprocity.blogspot.co.nz/'... 

Sepatutnya projek pembinaan sekolah rendah agama rakyat ini berlangsung pada bulan Ogos 2011...tetapi berdasarkan entri pada jan 2012 jumlah yang terkumpul adalah dianggarkan sebanyak RM 30000 sedangkan biaya keseluruhan projek ini adalah dianggarkan sebanyak RM 200000. Jadi aku terpanggil untuk menyebarluaskan maklumat ini untuk kita sama-sama menghulurkan bantuan bagi memastikan sekolah ini dapat dibina secepat mungkin...

Ayoh semua kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan projek ini...ayoh kita 'menabung' dalam Amanah Saham Akhirat yang mana keuntungnya adalah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah swt dalam surah Al Barakah ayat 261. "Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." Kepada sesiapa yang berminta boleh menderma ke Akaun Maybank "5580 8800 4761" atas nama " Tabung Pembinaan SAR Proton City"

Thursday, March 8, 2012

mari bertudung dengan betul

Assalamualaikum....

Selama ini aku main taram jek pakai tudung....asal cantik sarung jek....tapi aku jahil mengenai syarat-syarat tudung aku yang diterima oleh syarak....meh kita dengar apa kata ustaz Don bila membincangkan mengenai pemakaian tudung....semoga kita semua mendapat ilmu yang berguna...




Wallahua'llam...

let's improve our fatihah recitation

Assalamualaikum,

Surah alfatihah sangat dekat dengan hati kita dan ianya merupakan salah satu rukun solat...sekiranya bacaan Alfatihah kita tak betul maka rosaklah amalan solat kita...jom dengar bacaan Al fatihah dari Ustaz Don Daniyal...semoga sama-sama mendapat manafaat.




Wallahuallam....semoga kita mendapat keampunannya....

Friday, February 3, 2012

My trip to castle point

Tanggal 29 Jan 2012 yang lepas aku dan geng-geng berkeluarga buat satu trip ke castle point. kt mana Castle point ni?
Jarak perjalanan sejauh 164 km memakan masa selama 2 jam 30 minit dari Wellington. Tengok peta ni.

Tapi jalan nak menuju ke tempat ini bukanlah mudah. Halangan pertama adalah melalui laluan yang berbukit bukau esp di Rimutaka Hill. Nasib baiklah aku pura-pura tidur kalau tak mau termuntah kat dalam kereta.

Sesampainya kami di Castle point aku dan kawan-kawan menginap di Bunk House yang boleh memuatkan 29 orang dalam satu-satu masa. sewa pun berpatutan $480 per night.
ni adalah pemandangan dari bunk house. Rumah ni cukup selesa dan mempunyai ruang tamu yang sangat luas...mmg awesome!!!

By the way, aku nak cerita attraction di Castle Point adalah lighthouse dan fishing spot yang mmg unik. Yang lebih menarik adalah tempat ini adalah bekas terumbung karang. Mula-mula aku tak percaya bila terbaca satu papan tanda yang menyatakan tempat ini adalah bekas terumbung karang. Tapi bila mata sendiri melihat sendiri fossil (cengkerang siput) yang terlekat kukuh di dinding-dinding batu pada ketinggian yang setara dengan rumah api. Aku terus teruja melihat 'keajaiban' ini. Subahanallah.

Inilah cengkerang yang tertanam kukuh pada dinding batu ini...



Ini adalah sebahagian dinding batu yang dihiasi dengan kulit-kulit cengkerang.



ini adalah fishing spot yang menjadi kegemaran sikaki pancing. tapi awas tatkala air pasang, ombak boleh melepasi tembok batu itu....
Syukur Ya Allah atas nikmat yang telah Kau berikan kepadaku. :)

Saturday, January 21, 2012

Narrative analysis method Bell (1999)


(Writing as a way of analysing qualitative data.)
Bell (1999) has summurises one way of analysing the qualitative data by telling stories.
1) Identify narrative segments in the interview transcripts.
2) Examine word choice, pharsing, imagery, and structure of clauses.
3) Focus on the telling of the story: how do people explain what they did, or what happend?
4) Examine how the stories relate to each other.
5) Look for connections between the personall accounts and boader cultural and politcal processes.
6) Locate yourself, as the reseacher in the analysis and the contruction of the stories.

Friday, January 20, 2012

Sopan Santun Bhg 1: Adab ketika tetamu bertandang ke rumah

Assalamualaikum,

Hari ni aku terpanggil untuk menulis mengenai satu isu yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia iaitu 'adab ketika tetamu bertandang ker rumah...mesti anda pernah dengan kata-kata ini 'masyarakat melayu adalah masyarakat yang bersopan santun'...setiap aspek dalam kehidupan ada adab yang perlu dijaga bagi menjamin kehidupan yang sejahtera....tetapi masih relevenkah kata-kata ini...

aku ingin berkongsi pengalaman peribadi bagaimana aku diajar secara tidak formal oleh mak dan masyakarat bagaimana untuk menjadi manusia yang beradab. bermula dari zaman kanak-kanak hingga ke hari ini pendidikan tak formal ini masih lagi berterusan. di sini aku ingin berkongsi adab sopan santun yang semakin pudar seperti adab berkunjung ke rumah orang, adab sebagai tuan rumah, abad berguru, adab kita bercakap dengan orang yang lebih tua, adab kita bercakap dengan kanak-kanak. insyaallah akan dikongsikan bersama.


1)adab ketika tetamu berkunjung ke rumah.
masih ingat lagi 25 tahun yang lepas. pada ketika itu aku berusia 5 tahun. mak telah menerapkan sikap sopan santun secara perlahan-lahan iaitu adab semasa tetamu datang berkunjung ke rumah. pada usia tersebut apalah yang aku tahu. dalam kotak fikiran hanya ingin berseronok tanpa mengira masa dan ruang. kebetulan ada tetamu yang datang bertandang pada masa itulah aku turut sibuk berada di ruang tamu. sama-sama ingin menikmati apa jua juadah yang mak sediakan. pada masa tu mak datang rapat ke arah tubuh kecilku dan terus memberikan satu cubitan yang agak bisa di pehaku tanpa berkata apa-apa. akibat kesakitan kesan dari cubitan itu aku pun berlari meninggalkan kawasan ruang tamu sambil menangis. selepas tetamu pulang, mak pun mula memarahi aku dengan nada yang tinggi. pesan mak masih segar dalam ingatan. semasa tetamu datang jangan sama sibuk berada di ruang tamu takut-takut mengganggu tetamu yang datang. kesan daripada teguran itu buat aku ingat sampai bila-bila. sehingga kehari ini sekiranya tetamu datang aku akan sediakan juadah dan menghantar ke ruang tamu. selepas bersalaman dengan tetamu dan berbual sepatah dua aku akan tinggalkan mak untuk berbual-bual dengan mereka. aku akan kembali ke ruang tamu sekiranya perlu.

aku tak pasti sama ada adab ini masih lagi dipraktikkan dalam masyarakat kita pada hari ini. sepanjang pengamatan aku, adab ini seakan-akan tidak lagi dititikberatkan dalam masyarakat melayu pada hari ini. ibubapa seolah-olah tidak lagi menghiraukan tindak-tanduk anak-anak mereka ketika menerima kunjungan tetamu. Contohnya membiarkan anak meminun dari cawan tetamu, sama-sama menjamah makanan yang dihidangkan untuk tetamu atau sama-sama menyampuk kita tetamu sedang bercakap. mungkinkah ibubapa pada hari ini tidak lagi memandang sikap tersebut sebagai sesuatu yang kurang beradab? atau sebaliknya mereka telah dapat menerima perubahan ini dengan hati yang terbuka selari dengan arus globalisasi. waallahualam.

p/s: Insyaallah akan bersambung lagi dengan adab-adab yang lain.

Tuesday, January 17, 2012

The man in a blanket

'The Blanket Man'
(gambar adalah dari http://www.arcx13.com)
Sebelum aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Wellington, aku ada mencari-cari maklumat mengenai Wellington, apakah tarikannya, makanan halal, dan kemudahan awam. dalam aku mencari maklumat tersebut aku terbaca satu link yang menyatakan salah satu ikon di Welly adalah Blanket Man.

The Blanket Man adalah antara orang gelandangan di Wellington. Tempat sasarannya adalah di kawasan sekitar Courtney PL. Walaupun dia merupakan seorang yang 'homeless', tapi dia bukan jenis yang suka meminta-minta atau mengganggu orang awan. Dia hanya dengan dunianya. Tubuhnya dibaluti selimut yang tidak pernah lekang walaupun matahari tegak di atas kepala. Tugasnya seharian hanyalah duduk di kaki lima kedai sambil memperhatikan orang awan yang menjalani kehidupan seharian. Sungguh pun begitu dia lengkap dengan IPOD sebagai aksesori!! In fact aku pun takde IPOD tau!!!

Ahad yang lepas beliau telah disahkan meninggal dunia di Wellington Hospital. Maka tamatlah riwayat salah satu ikon di bumi Wellington. Courtney Pl wont be the same after this. Yang pasti setiap yang hidup pasti akan merasai mati tak kiralah sama ada seseorang itu miskin, kaya, cantik, hodoh, islam, atau pun kafir....Janji Allah itu pasti.