Friday, January 20, 2012

Sopan Santun Bhg 1: Adab ketika tetamu bertandang ke rumah

Assalamualaikum,

Hari ni aku terpanggil untuk menulis mengenai satu isu yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia iaitu 'adab ketika tetamu bertandang ker rumah...mesti anda pernah dengan kata-kata ini 'masyarakat melayu adalah masyarakat yang bersopan santun'...setiap aspek dalam kehidupan ada adab yang perlu dijaga bagi menjamin kehidupan yang sejahtera....tetapi masih relevenkah kata-kata ini...

aku ingin berkongsi pengalaman peribadi bagaimana aku diajar secara tidak formal oleh mak dan masyakarat bagaimana untuk menjadi manusia yang beradab. bermula dari zaman kanak-kanak hingga ke hari ini pendidikan tak formal ini masih lagi berterusan. di sini aku ingin berkongsi adab sopan santun yang semakin pudar seperti adab berkunjung ke rumah orang, adab sebagai tuan rumah, abad berguru, adab kita bercakap dengan orang yang lebih tua, adab kita bercakap dengan kanak-kanak. insyaallah akan dikongsikan bersama.


1)adab ketika tetamu berkunjung ke rumah.
masih ingat lagi 25 tahun yang lepas. pada ketika itu aku berusia 5 tahun. mak telah menerapkan sikap sopan santun secara perlahan-lahan iaitu adab semasa tetamu datang berkunjung ke rumah. pada usia tersebut apalah yang aku tahu. dalam kotak fikiran hanya ingin berseronok tanpa mengira masa dan ruang. kebetulan ada tetamu yang datang bertandang pada masa itulah aku turut sibuk berada di ruang tamu. sama-sama ingin menikmati apa jua juadah yang mak sediakan. pada masa tu mak datang rapat ke arah tubuh kecilku dan terus memberikan satu cubitan yang agak bisa di pehaku tanpa berkata apa-apa. akibat kesakitan kesan dari cubitan itu aku pun berlari meninggalkan kawasan ruang tamu sambil menangis. selepas tetamu pulang, mak pun mula memarahi aku dengan nada yang tinggi. pesan mak masih segar dalam ingatan. semasa tetamu datang jangan sama sibuk berada di ruang tamu takut-takut mengganggu tetamu yang datang. kesan daripada teguran itu buat aku ingat sampai bila-bila. sehingga kehari ini sekiranya tetamu datang aku akan sediakan juadah dan menghantar ke ruang tamu. selepas bersalaman dengan tetamu dan berbual sepatah dua aku akan tinggalkan mak untuk berbual-bual dengan mereka. aku akan kembali ke ruang tamu sekiranya perlu.

aku tak pasti sama ada adab ini masih lagi dipraktikkan dalam masyarakat kita pada hari ini. sepanjang pengamatan aku, adab ini seakan-akan tidak lagi dititikberatkan dalam masyarakat melayu pada hari ini. ibubapa seolah-olah tidak lagi menghiraukan tindak-tanduk anak-anak mereka ketika menerima kunjungan tetamu. Contohnya membiarkan anak meminun dari cawan tetamu, sama-sama menjamah makanan yang dihidangkan untuk tetamu atau sama-sama menyampuk kita tetamu sedang bercakap. mungkinkah ibubapa pada hari ini tidak lagi memandang sikap tersebut sebagai sesuatu yang kurang beradab? atau sebaliknya mereka telah dapat menerima perubahan ini dengan hati yang terbuka selari dengan arus globalisasi. waallahualam.

p/s: Insyaallah akan bersambung lagi dengan adab-adab yang lain.

No comments:

Post a Comment