Friday, January 29, 2010

Warga tua di blok barat

Hari ini aku macam biasa akan ke office. Kebiasaannya aku akan pulang dalam jam 5 petang dan aku akan tunggu bas di Karori Mall. Sebelum itu, adalah lebih baik aku cerita sedikit mengenai Karori.

Karori merupakan sebuah pekan kecil kalau di Malaysia aku boleh samakan pekan ini macam pekan Tanjong Malim. Tapi pekan TM ini amat tidak terancang dan kotor. Tapi dari segi kemudahan memang sama. Dekat dengan post office, pasaraya, bank, kedai2, dan klinik. Dari segi bentuk muka bumi sangat sama dengan Tanjong Malim. Berbukit-bukit dan pekannya terletak di lembah. Cuma bezanya. di lereng-lereng bukit di Tanjong Malim org tak buat penempatan.

Berdasarkan pengamatan aku sepanjang berada di sini, Karori ini majoritinya didiami oleh warga emas. Setiap hari semasa aku sedang menunggu bas di Karori Mall mesti akan terlihat kelibat seorang pakcik ini. Setiap kali jumpa dia mesti dia tengah menghisap pipe. Pakcik ini heavy smoker betul. Samalah dengan Pak Andrew yang aku temui semasa di Perth dulu. Apa yang ingat aku nyatakan warga tua di sini kesunyian. Cuba bayangkan makcik yang dh bongkok 3 pun masih menolak troley seorang diri di supermarket. Tersentuh hati mengenangkan mereka. Terdetik di hati kemanakah anak-anak mereka?

Petang tadi aku berpeluang untuk bersembang dengan seorang makcik yang berusia lingkungan 70 an yang sama-sama menunggu bas. Susuk tubuhnya sangat kurus, badannya tidak lurus lagi, pendengarannya sudah kurang jelas dan penglihatannya juga kabur (cermin mata tebal sgt).Tah macam mana aku boleh tertanya sama ada dia ada anak2 atau tidak. Dia memberitahu aku yang dia mmg ada anak-anak tp dia memilih untuk hidup di rumah org-org tua atas alasan dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Tetapi dia menyatakan dia bangga kerana dia sudah berjaya menjalankan tanggungjawab dia sebagai ibu kerana anak-anaknya mempunyai kehidupan yang baik. Dia percaya tanggungjawab membesarkan anak memang tergalas di bahu ibubapa dan dia tidak mengharapkan balasan atas apa yang telah dia lakukan. Sebelum perbualan kami berakhir dia juga menyatakan dia tidak mengharapkan anak-anaknya menjaga dia kerana suatu ketika dulu dia juga tidak menjaga ibubapanya. Tersentuh hati melihat makcik tu...tp itu la budaya yang diamalkan disini...warga tua memilih untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah orang-orang tua daripada bersama keluarga. So what goes aroud comes aroud.

Sama-samalah kita renungkan...sanggupkah kita membiarkan ibubapa yang telah membesarkan dan membelai kita dengan penuh kasih sayang dibiarkan kesepian menghabiskan sisa-sisa kehidupan...

No comments:

Post a Comment