Monday, January 25, 2010

Ibu oh Ibu

Baru-baru ini aku terbaca berita mengenai rintihan seorang ibu yang sanggup berhutang dengan saudara-mara semata-mata untuk ke semenajung bagi mencari anaknya. Tetapi setelah dia berpeluang untuk berjumpa dengan anaknya, anaknya mengambil pendekatan untuk tidak mengakui wanita tersebut adalah ibunya.

sila klik
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0124&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

Sebak rasanya bila membaca artikel ini membuatkan aku mengimbas kembali cerita yang disampaikan oleh cikgu tadika aku Cikgu Aishah mengenai Si Tanggang anak derhaka. Cerita tersebut cukup memberi kesan kepada aku sehingga kini. Masih terngiang-ngiang sumpahan si ibu yang terguris hatinya sehingga anaknya akhirnya menjadi batu.

Kisah si Tanggang mungkin hanya dongengan, tetapi kisah Alqamah yang sukar untuk melafazkan syahadat semasa sedang nazak hanya disebabkan ibunya berkecil hati dengan anaknya patut dijadikan pengajaran. Semasa hayatnya Alqamah merupakan seorang yang alim, namun hanya disebabkan perselisihan faham menyebabkan ibunya tidak redha terhadap dirinya telah memberi kesan yang cukup hebat.

Begitulah tingginya darjat kedua ibubapa sehingga rasullah saw bersabda yang maksudnya:
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim

Aku berpesan kepada diri aku sendiri supaya menghargai dan menyayangi ibubapa kerana tanpa kedua ibubapa siapalah kita.

Mak, I miss you so badly...:((

No comments:

Post a Comment