Friday, December 17, 2010

Musim panas di Wellington

Musim panas merupakan musim yang ditunggu-tunggu oleh penduduk yang berada di negara 4 musim...banyak aktiviti yang diadakan pada musim ini berbanding pada musim-musim yang lain...pada musim ini, manusia lebih santai, tidak perlu berpakaian tebal, bersarung tangan untuk ke mana-mana...

Pertama kali aku merasai musim panas adalah semasa berada di Australia pada tahun 2008...panasnya adalah sangat berbeza berbanding panas terik di Malaysia...suhu pada musim panas boleh menjangkau sehingga 40 darjah Celsius...masih teringat kipas yang dipasang semasa di dalam rumah menjadikan keadaan bertambah buruk...apabila udara yang menyapa kulit cukup memeritkan...di luar tidak ada sebentuk awan pun yang terawang-awang di udara...warna biru menghiasi dada langit...panorama ini sukar untuk dilihat di Malaysia...

Namun, Berada di NZ memberi pengalaman dan tanggapan berbeza mengenai musim panas...Di Wellington, musim panasnya tidak terlalu panas, suhu sekitar 15-20 darjah Celsius...Kadang kala suhunya mencecah sehingga 25 darjah celsius...Udaranya nyaman dan angin yang menyapa cukup mendamaikan...Angin jugak tidak bertiup terlalu kuat berbanding pada musim-musim yang lain...Boleh dikatakan musim panas di Wellington begitu mendamaikan berbanding pada musim-musim yang lain...


Alhamdulilah..Allah memberi peluang kepada aku untuk merasai musim yang sama di dua negera yang berlainan...Maha Besar Allah yang menjadikan alam ini...

Pabila memikirkan tentang panasnya di dunia yang cukup merimaskan...tak terbayang panasnya di Padang Mahsyar kelak matahari hanya sejengkal di atas kepala sementara menanti nama dipanggil untuk dihisab segala amalan sebagai penentu 'destinasi'ku yang terakhir...Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, Kau cucurilah rahmat ke atas hamba-Mu ini...

No comments:

Post a Comment