Monday, April 30, 2012

ayuh 'menabung' dalam ASA

Assalamualaikum.... Agak lama menyepi dari mengemaskini kisah kehidupan seharian di bumi Allah sebelum kembali ke 'alam' yang lebih kekal. Tadi aku sekadar google masjid proton city. Tah tergerak hati untuk menaip perkataan itu...tapi lain yang aku cari lain pula yang aku jumpa. Bila tekan butang enter keluarlah senarai apa-apa yang berkaitan dengan masjid proton city. aku terpanggil untuk membuka link ini 'http://sarprocity.blogspot.co.nz/'... 

Sepatutnya projek pembinaan sekolah rendah agama rakyat ini berlangsung pada bulan Ogos 2011...tetapi berdasarkan entri pada jan 2012 jumlah yang terkumpul adalah dianggarkan sebanyak RM 30000 sedangkan biaya keseluruhan projek ini adalah dianggarkan sebanyak RM 200000. Jadi aku terpanggil untuk menyebarluaskan maklumat ini untuk kita sama-sama menghulurkan bantuan bagi memastikan sekolah ini dapat dibina secepat mungkin...

Ayoh semua kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan projek ini...ayoh kita 'menabung' dalam Amanah Saham Akhirat yang mana keuntungnya adalah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah swt dalam surah Al Barakah ayat 261. "Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." Kepada sesiapa yang berminta boleh menderma ke Akaun Maybank "5580 8800 4761" atas nama " Tabung Pembinaan SAR Proton City"