esok insyaallah ada tahlil di rumah salah seorang rakan postgraduate. selalunya aku datang bawa perut jek...so aku decide nak buat kuih bakar sebagai manisan...resipi ni pun dapat dari dya...quite simple yet it is tasty though...so kalau ada sesapa nak cuba leh cuba....
bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu segar
1 cawan air
1 sudu kecil perisa pandan
1 sudu kecil garam
1 sudu butter
3 biji telur
semua bahan-bahan ni dipukul sehingga sebati. (takde tempat pukul kek, so pakai blender jek la)
sebelum tu pastikan loyang tu telah dioles dengan minyak dan dibakar dalam oven. lepas tu tuangkan bahan-bahan tadi dalam loyang dan taburkan bijin.
masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 degree. bakar sampai masak. maybe dlm 45 minit....tadaaaaa dh siap
it looks yummy and taste (hanya aku jek yang tau)
Pergh... its sure does looks yummy to me... well done sis
ReplyDeletemmg yummy dan kurang manis...kene cuba ni...oven kt umah dh cantik dah....:)
ReplyDelete