Sunday, October 24, 2010

baru nampak perbezaan

salam....

kali ni saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui semasa berada dirantau orang ni...
saya ingin berbicara mengenai soal ibadat yang paling asas dalam agama islam....kalau kita tak jalankan ibadat ini, ibadat lain akan tergantung tidak dihisab semasa dipadang mahsyar...ibadat yang saya maksudkan adalah ibadat SOLAT....

sejak dari kecil, saya diajar untuk bersolat lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu...
saya masih ingat lagi pada usia 6 tahun mak sudah mula ajar bagaimana hendak bersolat...mak ajar cara-cara mengambil wuduk...rukun-rukun dalam solat...baca-baca dalam solat....

semasa dibangku sekolah...ustaz mengajarkan cara yang sama untuk bersolat...cara yang sama sebagaimana yang telah diajar oleh mak semasa di rumah...jadi minda saya telah diprogramkan bahawa cara menunaikan solat sebegini....
perlu berwuduk dengan tertib....anggota wajib wuduk perlu dibasuh (disunatkan dibasu 3 kali)...muka, tangan, hujung rambut dan kaki...

rukun solat ada 13...berdiri dengan betul,niat, takbir, baca alfatihah, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahyat akhir, baca tahyat akhir, selawat, beri salam dan tertib....
itulah yang saya tahu mengenai solat....dan saya sentiasa yakin dengan apa yang saya lakukan....doa qunut dibaca semasa waktu subuh jek...waktu-waktu lain takde plak kene baca qunut...

namun, saya sedikit terkejut bila saya melihat org islam dari negara lain bersolat...contoh dr mereka yang berasal dr timur tengah (tidak semua, segelintir)....hati terdetik...adalah islam membenarkan solat dijamakkan pada bila-bila masa...adakah rasulullah memberi salam pada 4 penjuru (kiri, kanan, depan dan belakang) sambil berdiri???apabila selesai membaca tahiyat akhir...adakah terdapat mana2 hadis yang membicara rasulullah pernah berbuat demikan....

saya tak mau mengatakan diorang ni salah dan saya yang betul atau sebaliknya...sebab saya bukan ada part time job sebagai tuhan untuk menghukum...

cara terbaik adalah dengan kembali kepada quran dan hadis....selagi kamu berpegang kepada kedua2 ini kamu tidak akan sesat....

sekian....

Thursday, October 21, 2010

layan....

salam....

saya ni nampak jek cam agak agresif tapi jiwa lembut tau....seronok jugak sekali sekala dengar lagu-lagu lama cam ni...bahasanya cukup indah....kalau lah saya ditakdirkan mengajar bahasa melayu mungkin clip-clip cerita hitam putih yang akan saya tayangkan sebagai set induksi....
bahasa jiwa bangsa:P

bebaskan diri anda dr FB

salam....

Hari ni rasa mcm dh capai satu kemenangan...hari ini dengan rasminya saya telah 'deactivate' account FB....tahniah pada diri sendiri....alhamdulilah lega rasanya....

memandangkan byk tugasan yang masih lagi menunggu...so saya amik keputusan nk deactivate account ni...dgn harapan boleh la focus kepada goals pada tahun ni....allah permudahkan urusanku pada kali ni...

selain tu, saya dh rasa cam rimas baca comments sesetengah individual ni...so nk membebaskan diri daripada membaca comment2 yang menyindir org lain...gambar2 manusia menayangkan kecantikan...tak pasti apakah niat mereka...adakah untuk menunjuk2 atau utk menarik perhatian....hanya Allah sahaja yang menilai...ini adalah salah satu cara untuk menjaga hati supaya tidak menaruh wasangka pada orang lain....

JAGALAH HATI...........

Wednesday, February 17, 2010

Ada harga ada rupa

Salam...entry kali ini aku sekadar nak berkongsi pengalaman hidup di University Hall. Buat masa ini aku tinggal buat sementara di Wait e Ata University Hall untuk summer accommodation. Untuk pengetahunan, uni hall yang aku diami sekarang merupakan uni hall yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan uni hall yang lain. Tempatnya agak strategik, berhampiran dengan gym, library dan hanya 15 minit berjalan kaki untuk ke city. Dan mempunyai view yang cantik…wahhi really like it.

Kemudahan yang disediakan cukup memuaskan hati. Aku dapat bilik yang luas, wardrobe yang besar, common room yang terurus, dapur yang kemas dan bersih. Pendek kata ini lah ‘rumahku syurgaku’. Tetapi aku hanya berpeluang tinggal di sini untuk tempoh 3 bulan sahaja. Walaupun bayaran mingguan agak mahal tetapi kemudahan yang aku perolehi adalah cukup berbaloi. Namun, ‘syurgaku’ ini tak kekal lama, hujung minggu ini aku terpaksa pindah dari ‘apartment 5 bintang’ ke rumah tumpangan takde bintang….huhuhu sedih…sob2x

Tadi aku berpeluang untuk melihat rumah yang bakal aku diami pada sabtu ini. Itu pun sebab my friend akan tinggal kt rumah yang sama juga. Tetapi dia masuk seminggu lebih awal dari aku. By the way, rumah ni ada 3 bilik. Menurut my friend, sebelum ini keadaan rumah ni lebih teruk dengan bau yang hapak, dapur yang kotor, dan makanan bersepah-sepah. Aku tak pasti siapa penyewa yang seorang lagi. Keadaan uni hall yang bakal aku diami ini juah berbeza dengan apa yang sedang aku nikmati sekarang. Uni hall ini seolah-olah tidak diselenggara dengan baik oleh pihak yang berkenanan. Banyak yang tidak diperbaiki contohnya lampu dapur yang tidak menyala, karpet yang berbau hapak. Aku pun tak pasti macam mana penyewa sebelum ini boleh hidup dengan keadaan yang macam tu punya teruk dan…tak sanggup nak sebut perkataan tersebut. Namun disebalik segala kelemahan-kelemahan yang ada…aku akui banyak kelebihan sekiranya aku tinggal di sini. Pertama, jarak dari office dari rumah hanya la 1 blok sahaja, jadi aku ada lebih masa untuk berada di office untuk buat kerja-kerja yang sepatutnya. Kedua, sewa rumah disini jauh lebih murah berbanding uni hall yang lain. Aku hanya perlu bayar 120NZD pw berbanding 175 pw rumah sekarang. Ketiga aku dapat jimat duit tambang bus dari kelburn campus ke karori campus. Ke empat kawasan rumah ni dekat dengan Mall untuk shopping barang-barang dapur. Memikirkan kemudahan-kemudahan yang aku perolehi aku ketepikan kelemahan2 yang ada. Afterall kalau nk hidup senang lenang baik balik Malaysia. Tetapkan niat…insyaallah semua akan dipermudahkan. Amin

Mak selalu cakap…ADA HARGA ADA RUPA…

Thursday, February 11, 2010

akhirnya

salam...

Akhirnya aku berjaya juga untuk menghasilkan nasi briani :)...Macam yang pernah aku bagi tau pada entry yang lepas, aku teringin sangat nk makan nasi briani..hari ni tercapai juga hajat...alhamdulilah

Sebenarnya aku tak ke office pada hari ni sebab macam tak sampai hati nk biarkan adik2 yang tak sampai 48 jam berpijak di bumi wellington berjalan tak tentu hala tuju. Jadi hari ni aku luangkan masa dengan diorang untuk tunjukkan di mana halal butcher, asian store, pak n save dan tempat-tempat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup di sini.

Tujuan utama aku memasak nasi briani ni sebenarnya saja nak jamu adik-adik yang baru sampai. Teringat masa baru-baru sampai dulu danlah kepenatan lapar pulak tu...kene tunggu the next day baru leh cari makanan...tu pun nasib la jumpa buah2an...perut ni nak makan nasi juga...

berbalik kepada cerita memasak ini. kalau nak tau resepinya..leh tgk kt bawah ni...

3 cawan beras basmati
6 ketul ayam bahagian dada adalah terbaik
4 cm halia (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
1 biji bawang merah (dikisar)
1 rempah briani Shan
1 pek rempah tumis
1 cawam air asam jawa
1 biji cili capsican (hijau or merah)
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Perap ayam bersama 1 sudu halia, 1 sudu bawang putih dan 1 sudu rempah briani selama sejam.
2. Panaskan satu cawan air di dalam periuk dan rebus ayam yang telah diperap tadi sehingga ayam empuk dan air tersebut kering.
3. Kemudian keluarkan ayam tersebut dan masukkan minyak. Tumis rempah tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan rempah briani dan tumis sehingga rempah tersebut garing.
4. Masukkan air asam jawa dan didihkan buat seketika. Kemudian masukkan ayam tadi dan gaul buat seketika.
5. Dalam periuk yang berasingan masak nasi bersama 4 1/2 cawan air dan biarkan ia 2/3 masak.
6. Dalam periuk yang berasingan, masukkan ayam secara berselang dengan nasi dan sambung panaskan nasi tersebut.
7. Gaul nasi sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba.

Wednesday, February 10, 2010

I have a new housemate

Salam...

Mulai hari ni aku tidak lagi keseorangan di rumah ini. Semalam aku telah mendapat seorang teman seflat yang baru...

Alhamdulilah flatmate ini adalah orang Malaysia juga. Dia merupakan pelajar TESL dari maktab yang buat twinning program dengan victoria university. Akhirnya ada juga teman untuk berbual2 selepas balik dr office. kalau tak temanku hanya laptop dan juga tv. Thanks Izan kerana menjadi flatmate pertama kak ct..:)

Kali ini seramai 60 pelajar dari Malaysia akan datang ke sini untuk mengikut program di sini selama 2 tahun. Alhamdulilah semakin ramailah org Malaysia di bumi Wellington ini. Tapi org kata, di Wellington ini mmg ramai pelajar Malaysia. Tak tahu la coz belum berpeluang untuk berjumpa ngan pelajar Malaysia yang dikatakan ramai itu. Ya lah semester belum bermula. Tunggu lah lepas 20 haribulan ni...baru la boleh lihat suasana sebenar kehidupan di kampus.

So, to all newcomers...Kia ora...enjoy ur new life in Wellington :)

Tuesday, February 9, 2010

Al fatihah

Salam,

Semalam lebih kurang dalam pukul 5.30 aku mendapat sms yang cukup mengejutkan dari kak long. Kak Fadilah sesi keluarga telah pulang ke rahmatullah setelah terlibat dalam kemalangan di lebuh raya PLUS.

Lebih menyedihkan kesemua mangsa rentung kerana kereta yang mereka naiki terbakar setelah melanggar belakang trelar.

Semoga roh mereka sekeluarga dirahmati oleh Allah