Monday, July 18, 2011

mengapa nak jadi cikgu?

soalan yang pertama aku tanya sebelum aku mengambil keputusan untuk menjadikan guru sebagai kerjaya...tak de profesion lain ke yang aku impikan sebelum ni...

sebenarnya ada cerita disebalik pemilihan kerjaya ini. sejak dari kecil lagi aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan dan impian ini tak pernah pudar sehinggalah aku berusia 22 tahun. pada usia selewat itu aku membuat pusangan U yang paling besar dalam memilih kerjaya dan hala tuju sebelum menuju destinasi yang hakiki....

seperti yang aku nyatakan tadi cita-cita aku untuk menjadi seorang doktor perubatan tak pernah pudar. namun aku bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar yang pandai lagi bijaksana. kalau hendak dibandingkan dengan pelajar yang lain, aku ini tergolong dalam kalangan pelajar yang berpencapaian sederhana. sepanjang zaman persekolahan tidak pernah sekali pun aku menjejakkan kaki ke pentas pada akhir tahun untuk menerima hadiah pelajar cemerlang...(selalu naik pentas untuk buat performance adalah..gedik sungguh). namun dalam hati aku ni ada satu naluri untuk mencapai cita-citaku dan ianya tak pernah pudar...mungkin semangat ini yang mendorongku untuk maju ke hadapan dalam bidang akademik.

semasa berusia 12 tahun aku berharap sangat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP)...matlamat tetap sama iaitu untuk belajar bersungguh2 dan mendapat keputusan yang baik jadi chances nak masuk u tinggi...(dasat ooo kecik2 dah berangan2 cam tu)
so masa UPSR tu aku pun pulun la...pulun punya pulun result aku tak la sebaik kawan-kawan aku yang lain....kalau setakat 1 A...SBP mana yang nak amik aku ni....so masa tu aku frusted sungguh...jadi aku masuk sekolah menengah harian biasa SMKSK...

di sekolah menengah aku berusaha lagi untuk dapatkan keputusan yang baik....alhamdulilah aku kekal di kelas pertama sampai ke tingkatan 3... PMR menunggu semasa di tingkatan 3. target aku tetap sama aku nak dapat keputusan yang baik dan pindah ke sekolah berasrama penuh....so tahun tu aku berusaha bersungguh-sungguh...tapi aku masih lagi gagal untuk mendapat keputusan yang cemerlang...mungkin usaha aku tak cukup untuk tak dapat 8A... again dengan bilangan A yg sedikit tidak melayakkan aku untuk ke SBP. Jadi aku kekal di SMKSK hingga ke tingkatan 5...

namun aku masih lagi tak berputus harap...aku tak pernah membiarkan kegagalan aku memusnahkan cita-citaku....jadi aku berusaha bersungguh-sungguh supaya aku dapat keputusan SPM yang baik dan aku boleh mengikuti program matrikulasi...aku tau apa yang aku mahukan jadi aku berusaha untuk mencapai apa yang aku inginkan...tapi aku yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...Keputusan SPM aku tidaklah hebat mana...tapi masih lagi Pangkat 1..skang ni dah pakai gred yang lain...so maybe different...dengan keputusan tak seberapa ini aku tak diterima oleh mana-mana matrikulasi pun...so sad...sekali lagi aku gagal mencapai impianku...tapi aku bersykur ditawarkan mengikuti diploma sains di UiTM....

semasa aku mendapat tawaran UiTM itu...aku bertekad untuk buat yang terbaik kerana ini adalah saluran aku yang terakhir untuk jadi seorang doktor...tapi semasa mengikuti program diploma tu aku perform subject Biologi je...subjek2 science yang lain...takde la bagus sangat....selama 2 1/2 tahun aku berjuang untuk dapatkan segulung diploma namun diploma aku tak melayakkan aku untuk mengikuti program medic...buat sekian kalinya aku gagal lagi...perasaan masa tu hanya Allah sahaja yang tahu

disinilah titik pusingan U dalam kehidupanku...pada masa tu aku terpaksa berfikiran realistik...aku tak mampu untuk mengikuti program perubatan di universiti swasta dan keputusan diploma tak melayakkan aku untuk mengikuti program perubatan di universiti awam...aku memang tak de harapan untuk menjadi seorang doktor perubatan...aku terpaksa memikirkan kejaya yang lain...selepas habis diploma aku tak mau terus bekerja kerana aku ingin sambung belajar lagi...jadi aku mengerjakan solat istiharah dan bermohon diberikan petunjuk jalan mana yang perlu aku pilih...akhirnya aku memilih untuk menjadi seorang guru biologi...pada masa tu aku dah tanamkan dalam hati aku untuk jadi seorang guru sains yang mampu untuk menghasilkan pelajar yang cederung untuk menceburi bidang sains perubatan (merealisasikan cita-citaku), atau menceburi bidang yang berkaitan dengan sains, atau menghasilkan generasi yang celik sains yang mampu untuk menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian....

Namun aku hanya boleh merancang dan Allah jua merancang tetapi perancangan Allah adalah lebih baik...sentiasa bersangka baik dengan Allah..siapa sangka niat untuk melahirkan generasi yang sekurang-kurangnya celik sains, aku kini diamanahkan untuk mendidik bakal-bakal guru yang bakal 'menjentik' hati-hati generasi akan datang untuk mengenali Pencipta melalui pengamatan mereka semasa mengenali sains. Insyaallah..semoga usahaku diberkati...amin

Friday, July 15, 2011

berakhir jua sebuah penantian...

akhirnya tamat jua 'marathon' siri kitab cinta.
boleh layanlah tapi itu la macam tak real pun ada gak, sekelip mata jek parent irfan boleh terima anak dia tak jadi bernikah dgn mustika. padahal bapak irfanlah beria-ia nak anak dia bernikah dengan mustika..ending citer ini masih lagi tergantung...




dialong terakhir mustika (lubuk hati mustika berbisik)'wali terimalah sebagai perempuanmu'
masa tu keluar plak anak tok imam yang dah kembali menutup aurat.
again wali traps in between...siapakah pilihan wali?
pikir la sendiri mencik (>.<)

Monday, July 11, 2011

pindah randah

pernah dengar pepatah melayu...tapi aku rasa bukan pepatah melayu...tak tau nak bagi nama apa...'kalau pindah lebih dari 7 kali nanti papa'...sebenarnya aku tak percaya pun perkara ni...tapi kalau difikir2 semula. make sense gak la...

memandangkan aku baru jek balik sebulan yang lepas so barang-barang yang ditinggalkan di stor seorang teman tak angkat lagi...lama jugak la barang2 tu berada di situ...aku cuma bertawakal jek la...org dh bagi tumpang dh cukup baik...jgn nak banyak hal..

selepas beberapa bulan, hari ni aku pie la angkat barang-barang dari rumah kawan tadi coz hari ni aku offically move in ke rumah seorang teman org indonesia dan tinggal bersama anak dia...semua cukup cuma kotak-kotak untuk simpan barang-barang banyak yang rosak. sedey...hbs kotak-kotak semua berkulat sebab basah..nak katakan sebab terkena air hujan aku tak rasa pun sebab stor tu bertutup rapat...tapi besar kemungkinan sebab cuaca sejuk then lantai dan dinding tu lembab...so terkena kt kotak...dang!!!!

so bila kaitkan balik dgn ungkapan tadi...aku tak nafikan ada benarnya...esok kena terima dgn hati yang tabah apa yang terjadi dengan isi kotak-kotak tu....

p/s: mood sedih sikit

Sunday, July 10, 2011

sotong & udang masak kunyit

ahad ni aku duduk di rumah saja...tak rasa cam nk pie jenjalan pun last week baru balik dr dunedin...pening dan demam pun tak baik lagi...

so hari ni aku masak simple2 saja. sambil layan lagu2 rock kapak maka terhasillah menu ini sesuai untuk seorang

bahan-bahan
5 ekor udang saiz sederhana
sotong dipotong cincin (ikut suka berapa banyak nak letak)

1/4 bawang besar
3 ulus bawang putih
1 sudu kunyit serbuk
3-4 biji cili padi
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil sos tiram
1 1/2 sudu besar paste asam jawa
1/2 cawan air
sedikit brokoli
sedikit bunga kubis
sedikit cendawan
1/2 tomato
1/4 bawang besar dihiris

cara masak
1. tumis bahan-bahan berikut (bawang besar, bawang putih dan cili padi yang telah dihiris halus) sehingga naik bau. kemudian masukkan kunyit serbuk & sos tiram dan ratakan bersama-bahan-bahan tadi selama 2-3 minit.

2. masukkan paste asam jawa dan masukkan 1/2 cawan air. masak sehingga mendidih. kemudian masukkan brokoli dan bunga kubis. gaul sekejap dan masukkan udang dan sotong. gaul rata selama 3-4 minit. kemudian masukkan cendawan, tomato, dan bawang hiris. jangan lupa masukkan garam dan gula. gaulkan sampai rata....

tadaaaa...siap untuk dimakan bersama nasi...

Saturday, July 9, 2011

waiting for kitab cinta ep 13

sebelum ni aku pernah terbaca gosip2 artis fazura dh bertudung...so aku pie click la saje nk menyibuk...memang nampak ayu jek bertudung tp bila baca lebih lanjut rupanya hanya dalam drama terbaru erma fatimah kitab cinta...so aku pun check la citer ni kt youtube..
well ni kisah berkisarkan cinta...cinta yang akhirnya memakan diri...bak kata mustika (watak yang dipegang oleh fazura) cinta ku ibarat sang awan yang sentiasa menemani sang langit...cam tu lebih kurang..kalau nak tau kena la tgk...serious cantik fazura dlm cite ni...sgt berbeza dgn watak dia dalm goal n gincu, pisau cukur...semoga dia dibuka pintu hati untuk menutup aurat.


(seharian aku marathon citer ni)

Friday, July 1, 2011

JULY 2011

Assalamualaikum...
Today is the first day of July 2011. So,what so special about this month?
Well guys please look at your calender NOW!!!
This year the month of July has 5 Fridays, 5 Saturdays, and 5 Sundays. They say this happens every 823 years.
It likes we have to wait another eight centuries to experience this phenomenon again.