Saturday, January 21, 2012

Narrative analysis method Bell (1999)


(Writing as a way of analysing qualitative data.)
Bell (1999) has summurises one way of analysing the qualitative data by telling stories.
1) Identify narrative segments in the interview transcripts.
2) Examine word choice, pharsing, imagery, and structure of clauses.
3) Focus on the telling of the story: how do people explain what they did, or what happend?
4) Examine how the stories relate to each other.
5) Look for connections between the personall accounts and boader cultural and politcal processes.
6) Locate yourself, as the reseacher in the analysis and the contruction of the stories.

Friday, January 20, 2012

Sopan Santun Bhg 1: Adab ketika tetamu bertandang ke rumah

Assalamualaikum,

Hari ni aku terpanggil untuk menulis mengenai satu isu yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia iaitu 'adab ketika tetamu bertandang ker rumah...mesti anda pernah dengan kata-kata ini 'masyarakat melayu adalah masyarakat yang bersopan santun'...setiap aspek dalam kehidupan ada adab yang perlu dijaga bagi menjamin kehidupan yang sejahtera....tetapi masih relevenkah kata-kata ini...

aku ingin berkongsi pengalaman peribadi bagaimana aku diajar secara tidak formal oleh mak dan masyakarat bagaimana untuk menjadi manusia yang beradab. bermula dari zaman kanak-kanak hingga ke hari ini pendidikan tak formal ini masih lagi berterusan. di sini aku ingin berkongsi adab sopan santun yang semakin pudar seperti adab berkunjung ke rumah orang, adab sebagai tuan rumah, abad berguru, adab kita bercakap dengan orang yang lebih tua, adab kita bercakap dengan kanak-kanak. insyaallah akan dikongsikan bersama.


1)adab ketika tetamu berkunjung ke rumah.
masih ingat lagi 25 tahun yang lepas. pada ketika itu aku berusia 5 tahun. mak telah menerapkan sikap sopan santun secara perlahan-lahan iaitu adab semasa tetamu datang berkunjung ke rumah. pada usia tersebut apalah yang aku tahu. dalam kotak fikiran hanya ingin berseronok tanpa mengira masa dan ruang. kebetulan ada tetamu yang datang bertandang pada masa itulah aku turut sibuk berada di ruang tamu. sama-sama ingin menikmati apa jua juadah yang mak sediakan. pada masa tu mak datang rapat ke arah tubuh kecilku dan terus memberikan satu cubitan yang agak bisa di pehaku tanpa berkata apa-apa. akibat kesakitan kesan dari cubitan itu aku pun berlari meninggalkan kawasan ruang tamu sambil menangis. selepas tetamu pulang, mak pun mula memarahi aku dengan nada yang tinggi. pesan mak masih segar dalam ingatan. semasa tetamu datang jangan sama sibuk berada di ruang tamu takut-takut mengganggu tetamu yang datang. kesan daripada teguran itu buat aku ingat sampai bila-bila. sehingga kehari ini sekiranya tetamu datang aku akan sediakan juadah dan menghantar ke ruang tamu. selepas bersalaman dengan tetamu dan berbual sepatah dua aku akan tinggalkan mak untuk berbual-bual dengan mereka. aku akan kembali ke ruang tamu sekiranya perlu.

aku tak pasti sama ada adab ini masih lagi dipraktikkan dalam masyarakat kita pada hari ini. sepanjang pengamatan aku, adab ini seakan-akan tidak lagi dititikberatkan dalam masyarakat melayu pada hari ini. ibubapa seolah-olah tidak lagi menghiraukan tindak-tanduk anak-anak mereka ketika menerima kunjungan tetamu. Contohnya membiarkan anak meminun dari cawan tetamu, sama-sama menjamah makanan yang dihidangkan untuk tetamu atau sama-sama menyampuk kita tetamu sedang bercakap. mungkinkah ibubapa pada hari ini tidak lagi memandang sikap tersebut sebagai sesuatu yang kurang beradab? atau sebaliknya mereka telah dapat menerima perubahan ini dengan hati yang terbuka selari dengan arus globalisasi. waallahualam.

p/s: Insyaallah akan bersambung lagi dengan adab-adab yang lain.

Tuesday, January 17, 2012

The man in a blanket

'The Blanket Man'
(gambar adalah dari http://www.arcx13.com)
Sebelum aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Wellington, aku ada mencari-cari maklumat mengenai Wellington, apakah tarikannya, makanan halal, dan kemudahan awam. dalam aku mencari maklumat tersebut aku terbaca satu link yang menyatakan salah satu ikon di Welly adalah Blanket Man.

The Blanket Man adalah antara orang gelandangan di Wellington. Tempat sasarannya adalah di kawasan sekitar Courtney PL. Walaupun dia merupakan seorang yang 'homeless', tapi dia bukan jenis yang suka meminta-minta atau mengganggu orang awan. Dia hanya dengan dunianya. Tubuhnya dibaluti selimut yang tidak pernah lekang walaupun matahari tegak di atas kepala. Tugasnya seharian hanyalah duduk di kaki lima kedai sambil memperhatikan orang awan yang menjalani kehidupan seharian. Sungguh pun begitu dia lengkap dengan IPOD sebagai aksesori!! In fact aku pun takde IPOD tau!!!

Ahad yang lepas beliau telah disahkan meninggal dunia di Wellington Hospital. Maka tamatlah riwayat salah satu ikon di bumi Wellington. Courtney Pl wont be the same after this. Yang pasti setiap yang hidup pasti akan merasai mati tak kiralah sama ada seseorang itu miskin, kaya, cantik, hodoh, islam, atau pun kafir....Janji Allah itu pasti.

Five features of scientific knowledge....

Windschitl et al. (2008) have discussed the features of scientific knowledge. There are:
1)testable-
that scientific knowledge, in the form of models or theories, is advanced by proposing new hypotheses, that express possible relationships between event, processes, or properties within these models or theories.

2) revisable-
that scientific ideas can change in response to new evidence or because a phenomenon is concpetualized in an entirely different way.

3) explanatory-
the goal of science is to provide casual accounts of events and processes, as opposed to accumulating descriptive detail about phenomenona or merely seeking patterns.

4) conjectural-
causal accounts often involve theoretical or unobservable proceses that can only be inferred from empirical based on these inferences account most adequately for the observations.

5) generative-
scientific knowledge in the forms of models and theories are the prime catalysts for new predictions, insights about phenomenon, and hypotheses for testing, theyare not simply 'end-products' of inquiry.

Monday, January 16, 2012

kerjaya sebelum bergelar pendidik: Minah Kilang....

Assalamualaikum....

aku sekadar ingin berkongsi dengan sesiapa yang sudi membaca...tak sudi pun tak pe....tak luak pun...hahahahaha

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman bekerja sebelum aku menjadi seorang pendidik sekarang. sebelum bergelar pendidik, aku pernah bekerja sebagai operator pengeluaran aka minah kilang, penjual baju muslimah semasa musim bulan puasa, pembantu di pra-sekolah, guru sandaran di sekolah rendah dan guru sandaran di sekolah menengah....
pengalaman-pengalaman ini mmg tidak boleh diperdagangkan...

aku mula mengenali alam pekerjaan pada usia aku mencecah 25 tahun. usia yang agak lewat tapi memberikan satu pengalaman yang tiada taranya. pekerjaan pertama aku adalah operator pengeluaran di sebuah kilang memasang printer. fyi kilang ni bukan berada di Melaka tau.tapi berada nun di selatan tanahair Johor Baharu. aku bersama 3 orang sahabat Norli, Mas, dan Solehah tekad untuk menghabiskan cuti semesta pada tahun tersebut untuk bekerja di kilang setelah mendapat restu walaupun mak dengan berat hati melepaskan aku pergi.

Bekerja di kilang memberikan satu pengalaman yang berbeza. bermula dengan sesi interview yang meminta aku membaca keratan akbar dan membuat kira-kira. math yang melibatkan operasi tambah, tolak, bahagi, darab jek. tapi tak semua orang lulus ujian tersebut. ada yang gagal. hati terasa sayu melihat mereka melangkah meninggalkan kawasan kilang tersebut. dalam masa yang sama aku bersyukur kerana mak mementingkan pelajaran anak-anaknya. sekiranya aku tidak bersekolah mungkin aku juga senasib denganya.

selepas lulus temuduga pada sebelah pagi, kami terus diminta masuk bekerja pada shift petang bermula dari jam 7 mlm-7 pagi keesokan harinya. ini lah pengalaman pertama bersengkang mata demi mencari rezeki. perkara ini secara tidak langsung membuatkan aku menghargai betapa setiap juzuk tubuh ibuku dikerah demi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

selepas sesi taklimat yang diberikan oleh 'supervisor' sesi malam. kami dibawa berjalan bagi mengenali lebih dekat lagi keadaan kilang tersebut. disini barulah aku faham bagaimana sesebuah kilang itu beroperasi...semua staff berdiri mengadap production line. production line ni pula bukan statik tetapi sentiasa bergerak....jadi tangan memang kena cepat untuk menyambung bahagian-bahagian printer tu...kalau tak terdengarlah jeritan....'YOIII, korang tido ke...line jam ni?'....itu lah antara pekikan2 yang kedengaran sepanjang sebulan aku bergelar Minah Kilang.
tak masuk jeritan yang mengunakan perkataan 18sx lagi...

penulisan melambangkan pemikiran?

(Do I look cute, naive,trustworthy?)


Assalamualaikum,
Tadi aku 'merayau' di blog yang agak famous. tak perlulah aku nyatakan yang pasti bukan blog politik tapi blog yang sentiasa mengemaskini isu-isu hangat di tempat aku pernah menimba ilmu diperingkat ijazah pertama dulu. Tempah jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat menimba ilmu. Aku terbaca satu entri dan komen yang diberikan oleh para pengunjung diblog tersebut. Jadi aku pun klik pada salah satu link si pemberi komen tersebut secara tak sengaja. Bila aku klik link tersebut aku secara tidak sengaja 'terlangkah masuk' ke blog beliau. "username'nya sangat cantik dan gambar 'profilenya' seolah-olah mengambarkan beliau adalah seorang yang baik, naif, dan boleh dipercayai. Siap letak kalimah syahadah lagi tu. Confirmlah Islam bukan?layoutnya penuh dengan bentuk hati yang berguguran...nampak cantik...alah-alah sweet gitu. Seriously cantik, tak macam blog aku ni...kaku jek!!!then aku baca entri yang paling atas yang bertajuk U.M.N.O=?

So aku pun bacalah. Masyaallah!!! Punyalah aku terkejut dengan susunan ayatnya yang mencaci dan memaki orang dalam parti tu yang tak sealiran dengan fahaman politiknya...
(Dalam hati aku berkata untung ahli parti itu dapat pahala free...in fact hari-hari dapat pahala free sebab hari-hari kena maki kena umpat kena keji!!!!)

I'm not going down the track to respond towards her political point of views. it's personal choice. I don't really care, dude. Aku cuma ingin mengulas mengenai gaya penulisannya. Aku membuat andaian aku sendiri. Penulisan melambangkan pemikiran. You can agree or disagree with me. Sebenarnya kita boleh membuat tanggap awal mengenai seseorang itu melalui cara sesorang itu bercakap. bercakap dalam konteks ini adalah dalam bentuk penulisan.

apa yang kita tulis adalah lahir dari cara kita berfikir dan menganalisa sesuatu perkara atau situasi. Mustahil seseorang itu mampu menulis tanpa memikirkan apa yang ingin ditulis. hatta sekiranya ingin menterjemahkan satu perkataan dari satu bahasa ke bahasa yang lain memerlukan tindakbalas yang aktif dalam otak terutama dibahagian 'frontal lobe'.

sekiranya kita mengeluarkan kata-kata yang negetif sebenarnya mencerminkan pemikiran kita yang selalu bertanggapan negatif. tetapi sekiranya kita berfikiran positif, kita akan cuba melihat sesuatu perkara itu dari sudut positif walaupun pada zahirnya perkara tersebut amatlah buruk. Bak kata omputih 'things happen for reasons.'sebab perkara yang buruk di mata manusia tak semestinya buruk di Mata Sang Pencipta...
Waallahuallam.

P/S: nanti nk share satu personal life experience yang buat aku tersedar bahawa satu perkara yang buruk di mata aku satu ketika dahalu sebenarnya adalah rahmat dari Allah swt. kesannya dari rahmat Allah ini dapat dilihat selepas 4 tahun. Jadi NIkmat Allah yang mana yang telah aku dustakan? Allah swt is the great planner. Masyaallah.

PJJ

PJJ di sini bukan merujuk kepada Pengajian Jarak Jauh tapi ia merujuk kepada Perhubungan Jarak Jauh...

Mengapa aku tiba-tiba tulis entri ni…well mesti ada cerita sebaliknya…sebenarnya hari ini aku menerima seorang tetamu. Tetamu ini akan menetap di rumahku selama beberapa hari. Beliau ke sini adalah untuk satu percutian yang singkat.

Kami berbual kosong mengenai banyak perkara…mengenai study, foods, dan personal life. Dia bertanya sama ada aku masih single atau dh berpunya…I just admitted that I’m engaged with someone for about a year. Dia nampak agak teruja lalu menanyakan persoalan ini.

Dia: Uhm, how do you work on your long distance relationship?
Aku: The key for this kind of relationship is trust. If I don’t trust him, I don’t think that I wanna put my feeling on trial.
Dia: Do you really trust him?
Aku: It’s hard to say 100%...perhaps 90%.
Dia: Do you talk to him everyday?
Aku: Hahahaha. Not really. I call him maybe once within two weeks or send him text messages once a week.
Dia: Really! (She really surprised.). How do you know that you have a fiancé? Or he cheats on you?
Aku: well, if he cheats on me, Allah will know.
Dia: What did you say just now is true.

Being involved in long distance relationship is not an option. Tetapi buat masa sekarang ini adalah pilihan yang aku ada. Dengan amanah yang masih lagi membelenggu diri, aku belum cukup bersedia untuk mengalas satu lagi amanah. Amanah sebagai seorang isteri.

Yang pasti aku yakin dengan perancangan Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku insyaallah kami akan diijabkabulkan.

Tak dinafikan perhubangan jarak jauh sebelum diijabkabul ini memang mempunyai cabaran tersendiri tetapi ianya bergantung kepada kita untuk mengatasi cabaran ini. Jadi jalan terbaik untuk atas cabaran ini adalah
- meminimumkan perbualan melalui telephone, sms, chat, skype.
- Berhubung hanya sekiranya perlu.
- Mengurangkan ucapan-ucapan yang melahirkan rasa rindu, sayang, dan cinta.
- Memohon doa kepada Allah supaya dipanjangkan jodoh.

So far langah-langkah ini berjaya untuk perhubungan kami. Jadi terpulanglah sama ada anda hendak mencuba atau pun tak.

Sesungguhnya tiada percintaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang diredhai oleh Allah sebelum mereka diijabkabulkan. Aku cuba ingin mencari cinta diredhai olehNya.

Friday, January 13, 2012

windy and sunny Wellington

Sejak beberapa hari yg lepas bumi Wellington ini tidak lekang dengan curahan air hujan yang mencurah-curah. Alhamdulilah rahmat dari Allah swt. Hari ini berbeza sekali cuacanya. Mungkin berkat hari Jummat.

Hari ini matahari tidak segan untuk memancarkan cahayanya. Bumi Wellington dilimpahi dengan cahaya yang terang benderang tanpa ada sebentuk awan pun yang terbentuk di dada langit.

Cuaca yang baik ini disambut pula dengan angin yang bukan lagi sepoi-sepoi bahasa. Tetapi angin bertiup dengan kuatnya dari pagi tadi. Dari jendela kamarku, kelihatan pohon-pohon bergerak kencang tiupan dek angin yang menderu.

Akibat angin yang kuat ini telah meruntuhkan satu-satunya ampaian baju di rumahku. I dont know to fix it. I have to call the agent to repair the damage.

till then.

Tuesday, January 10, 2012

My sister's wedding clip...

Alhamdulilah...
Dua hati menjadi satu di hari persandingan adik....rezeki si adik naik pelamin dulu berbanding si kakak.
Ni wedding highlight


Sepanjang majlis kalau ada makcik-makcik yang aku bersalaman dengan mereka soalan ini mesti terpacul dari mulut mereka....

'hah, adik dah lepas si kakak ni bila lagi?'

jawapan standard aku....

'kalau ada jodoh kawenlah saya makcik'....

concern benar makcik-makcik ni....alhamdulilah ada gak org yang nak ambil tahu....

Monday, January 9, 2012

Kerja part time sebagai tuhan?

Ni mungkin ‘penyakit’ kita semua termasuk aku. Penyakit berlagak maksum dan cepat-cepat nak menghukum orang lain. Contohnya bila seseorang itu berubah penampilan dari bertudung kepada tak bertudung, macam-macam tohamahan yang dilemparkan oleh manusia yang berlagak maksum ni. Habis dikatakan hamba Allah ini. Aku bukan mengiakan tindakan dia kerana memang jelas tindakan tu salah. Tetapi apa hak kita untuk menghukum dia? Bukankah urusan dia tak bertudung itu adalah urusan dia dengan Allah. Kalau berani sangat tegur dia melalui perbuatan, atau tegur secara lisan, dan akhir sekali tegur dia dalam hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Dalam ertikata yang lain adalah mendoakan dia supaya kembali ke jalan yang benar.

Terbaru kisah seorang pelajar Malaysia yang ditaja pengajiannya di luar negara mendapat kecaman hebat dari blog-blog, twitter, dan fb ekoran daripada perubahan mendadak dari segi penampilannya. Habis gambar-gambar dia disebarkan di dinding2 fb. Memang tindakan dia tak wajar sebab tak menutup aurat, bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram dengan pakaian yang….tapi itu urusan dia dengan Allah. Usah dilabel dirinya dengan macam-macam label. Usah disindir ahli keluarganya. Usah diumpat ibunya. Kalau nak tegur perbuatan dia, hantar email pada dia terus (zaman skang ini email lah kan. Mana main surat-surat skang ini.) Usah dijaja gambar dia di seluruh dunia kerana akibatnya kita sama-sama mendapat ‘saham’ di sana. Sanggupkah?

Berhentilah dari membuat kerja tambahan menjadi tuhan dan menghukum seseorang itu atas apa yang telah dilakukan. Sebaliknya periksa diri sendiri. Sudah cukupkah amalan untuk dipersembahkan di hadapanNya di sana? Waallahualam.

Sampah oh sampah…..

Sampah bukanlah satu isu yang remeh bagi mana-mana negara, tak kiralah sama ada negara itu berstatus negara maju, negara membangun, ataupun negara miskin. Dianggarkan setiap orang di dunia ini membuang sampah secara purata sebanyak 2kg sehari. Dua kilogram mungkin dianggap tidak membebankan tetapi sekiranya sesebuah negara itu memiliki populasi penduduk seramai 20 juta. Cuba bayangkan berapa tan sampah yang perlu diselenggara oleh pihak berwajib dalam masa sehari?

Di Malaysia pengendalian sampah terutamanya sampah domestik masih lagi di tahap yang sederhana. Tidak semua kawasan perumahan mendapat perkhimatan pengutipan sampah secara berkala daripada pihak berwajib. Kawasan perumahan terutama di bandar-bandar mendapat perkhimatan ini sedangkan kawasan luar bandar dinafikan perkhimatan ini walaupun mereka tidak terkecuali daripada membayar cukai pintu. Jadi penduduk di kawasan luar bandar terpaksa membakar sampah-sampah mereka untuk tujuan perlupusan sampah. Tindakan ini semestinya menyelesaikan masalah mereka tetapi memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.

Bagi mengurangkan impak yang buruk terhadap alam sekitar, kerajaan telah melancarkan kempen kitar semula. Terdengar-dengar selogan ‘fikir dahulu sebelum buang’ satu ketika dulu. Siap buat lagu lagi. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula diasingkan daripada sampah yang tidak boleh dikitar semula. Kempen ini telah berjalan setelah sekian lama bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negara. Namun kempan yang dijalankan ini tidak menyeluruh. Tong-tong kitar semula hanya diletakkan di stesen-stesen minyak, di sekolah-sekolah, dan juga di pejabat-pejabat. Tetapi tong-tong kitar semula ini tidak disediakan di kawasan perumahan. Jadi bagaimana kempen ini hendak dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kemudahan tidak disediakan oleh pihak yang menganjurkannya? Bukankah pendidikan itu bermula dari rumah. Jadi rumahlah menjadi lokasi yang paling strategik untuk menjayakan kempen ini. Adakah kempen ini pernah dijalankan? Adakah mana-mana negara telah berjaya mendidik rakyatnya mengitar semula? Bagaimana caranya? Di sini aku ingin memberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Diberi peluang untuk menjejakkan kaki di dua buah negara yang berbeza membuka mata aku mengenai pengurusan sampah yang hampir sama tetapi mempunyai pendekatan yang amat ketara. Australia dan New Zealand dua negara berjiran yang mempunyai tahap pengurusan sampah yang setara cuma mempunyai cara perlaksanaan yang berbeza. Semasa aku berada di Australia pada tahun 2008 aku seolah-olah telah ‘terprogram’ untuk mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Hari pertama aku memasuki rumah sewaku, tuan rumah telah mengingatkanku mengenai perkara ini. Beliau mengingatkanku untuk membuang sampah yang tidak boleh dikitar semula ke dalam tong sampah bertutup hitam dan membuang sampah yang boleh dikitar semula ke dalam tong bertutup hijau. Sampah-sampah akan dikutip secara berkala. Memandangkan ini kali pertama aku berada diperantauan, aku patuh dengan arahan tersebut. Ibarat kata pepatah ‘masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum’. Lagi pun aku tak suka ditegur mengenai perkara-perkara yang remeh. So that’s how Australians work on sewage.

Berbeza dengan New Zealand atau lebih tepat lagi Daerah Wellington. Kalau di Malaysia aku perlu membayar sejumlah wang untuk menggunakan tandas awam tetapi di sini aku tidak perlu untuk membayar wang bagi menggunakan tandas awam tetapi aku perlu membayar duit untuk membuang sampah. Pelikkan? Kalau di Malaysia mau dah buat demostrasi di hadapan Majlis daerah. Don’t get me wrong, dude. It doesn’t mean that I have to pay to the trash collectors before they can collect my rubbish and throw it into the truck. Tapi aku perlu bayar plastik sampah yang digunakan untuk membungkus sampah-sampah tersebut. Ini plastiknya.


Plastik kuning untuk sampah yang tak boleh dikitar semula


Bungkusan sampah yang diletakkan ditepi jalan sebelum dikutip

Harga beg sampah itu adalah $2 sekeping. Kalau ditukar dengan mata wang Malaysia mahu dekat RM5 untuk sehelai plastik sampah. Kalau aku menggunakan beg sampah lain jangan haraplah diorang akan kutip sampah-sampah itu. Silap hari bulan boleh disaman oleh Dewan Bandaraya. Jadi terpaksalah beli plastik sampah tu. Kalau tak, tak berangkatlah sampah aku tu sampai bila-bila. Sampah-sampah ini pula dikutip secara berkala. Seminggu sekali lori sampah akan datang untuk mengutip sampah. Tak terbanyang kalau perkara yang sama berlaku di Malaysia. Mau hijau muka masing-masing untuk tahan bau busuk sampah sarap tu. Tetapi memandangkan New Zealand ini negara yang beriklim sejuk jadi sampah kalau disimpan selama satu bulan pun tak berbau lagi. Itulah salah satu rahmat dari Allah swt. Memandangkan harga sehelai plastik sampah hampir bersamaan dengan sepinggan nasi ayam, aku belajar untuk mengurangkan pembuangan sampah. Mana barang-barang yang boleh dikitar semula aku masukkan dalam tong kitar semula. Save the environment and definitely save my money as well.


Bagi mengurus sampah-sampah yang boleh dikitar semula, Dewan Bandaraya telah menyediakan tong sampah bertutup kuning dan tong sampah berwarna hijau secara percuma disetiap kediaman. Tong sampah bertutup kuning disediakan untuk sampah-sampah seperti kertas, tin, dan plastik. Manakala tong hijau adalah untuk botol-botol kaca. Sampah-sampah ini juga dikutip dua minggu sekali secara berkala.


Tong hijau (bersaiz kecil) untuk mengisi botol-botol kaca.


Beg plastik pink untuk mengisi pakaian terpakai untuk dikitar semula


Beg plastik hijau untuk barang-barang yang boleh dikitar semula.


Di sini aku memang perlu berfikir betul-betul sebelum buang sampah. Why do I say so? Aku pernah mendapat amaran dari Dewan Bandaraya kerana membuang sampah yang tidak boleh dikitar semula ke dalam tong kuning. Padahal aku cuma membuang kertas aluminium sahaja. Itu pun ditolaknya. Inilah pertama kali dalam sejarah hidupku sampahku dipulangkan semula. Duhsss….Well it was a good lesson, though.

So nampak tak betapa bijaknya mereka dalam menguruskan sampah-sampah tersebut? Bagaimana mereka berkempen untuk menggalakkan masyakarat mengitar semula sampah-sampah yang boleh dikitar semula? Bagaimana mereka mengajar masyarakat mereka untuk mengurangkan mengeluaran sampah yang tidak boleh dikitar semula? Ketegasan mereka dalam menguatkuasakan sesuatu peraturan. Mereka tidak perlu berkempan secara besar-besaran di tv. Cukup dengan mengwujudkan kemudahan mengitar semula bahan-bahan tersebut kepada masyarakat dan masyakarat dengan sendirinya sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Ada terdengar di telinga kerajaan hendak menyediakan dua tong sampah bagi setiap rumah. Satu tong untuk kitar semula dan satu lagi untuk sampah yang tidak boleh dikitar semula. I hope the government will implement this strategy although at the beginning it may cost a lot of money. I believe in a long run it may bring benefits not only for the people but also to the environment.

Dua kupang idea saya.

Sunday, January 8, 2012

Usah berputus asa dalam berdoa.

Assalamualaikum....

Berdoa adalah amalan yang dituntut oleh Allah swt. Namun ada kalanya doa yang panjatkan tak ditunaikan. Kita perlu ingat Allah adalah tuhan yang menciptakan kita dan alam semesta. Sekiranya setiap kali kita berdoa dan mengharapkan ianya ditunaikan serta merta sebenarnya kita telah merendahkan darjat Allah. Kita telah menjadikan Allah seolah-olah 'hamba' dan kita adalah tuan. It doesnt work that way, dude.

Allah maha mendengar dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Jadi terpulang kepadanya sama ada ingin menunaikan hajat kita serta merta atau ditunda pada masa yang akan datang atau mungkin ditunda hingga ke hari akhirat. Jadi teruslah berdoa walaupun hajat kita tak tercapai kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Selalu bersangka baik dengan Allah.


Tuesday, January 3, 2012

berpolitik di universiti

Assalamualaikum,

Hati ini terpanggil untuk menulis entri ini adalah susulan daripada tindakan pelajar-pelajar dan orang luar berdemostrasi di luar perkarangan Ibu Kandung Suluh Budiman (UPSI). Sejak kali pertama kaki ini melangkah di UPSI pada tahun 2002 aku tidak pernah terfikir perkara ini akan berlaku. Demostrasi ini dijalankan ekoran daripada rasa tidak puas hati sebilangan pelajar dan atas dasar menuntut bela nasib seorang mahasiswa yang kononnya dizalimi (waallahualam). Hanya Allah yang maha mengetahui.

Namun hati kecil ini tertanya-tanya apakah matlamat mereka melangkah masuk ke universiti pada hari pertama? Adakah pada hari pertama lagi mereka telah menyematkan cita-cita yang tinggi untuk menjadi ahli politik? Atau mereka bercita-cita untuk menjadi seorang murabbi yang disegani oleh masyarakat setempat? Tepuk dada tanya akal.

Sekiranya pada hari pertama telah bercita-cita untuk menjadi ahli politik, maka universiti bukanlah gelanggangnya. Sepatutnya mereka menyertai parti politik yang mereka ingin wakili. Berjuang dan berkempen sepuas-puasnya agar dapat dilantik berbagai wakil bahagian atau cabang yang dapat mewakili suara rakyat jelata.

Tetapi sekiranya pada hari pertama semangat berkobar-kobar untuk menjadi murabbi, maka tanamlah semangat untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin sebagai bekalan untuk mengajar di sekolah-sekolah yang akan diamanahkan. Universiti bukan sahaja tempat untuk mendapatkan ilmu malah tempat untuk membina kemahiran (soft skills) yang diperlukan untuk menjadi seorang manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia yang penuh cabaran ini.

Jadi aku terpanggil untuk menyeru kepada mahasiswa-mahasiswa yang masih berada di menara gading supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian. Agar dengan kelulusan yang digenggaman dapat menjadi batu loncatan untuk memperbaiki kehidupan yang diredhai oleh Allah.

Namun sekiranya dalam lubuk hati anda amat cenderung untuk menjadi seorang pemimpin yang bakal mewakili mana-mana parti-parti politik negara, maka jadikan universiti ini sebagai tempat untuk membina soft skills yang perlu ada sebagai seorang pemimpin. Sebagai contoh sertai aktiviti berpersatuan, kelab atau kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh pihak universiti supaya dapat menjadi platform kepada anda untuk mempelajari dan mengasah bakat menjadi seorang pemimpin yang disegani.

Yang pasti politik demostrasi di jalanan tidak menampakkan ketokohan kepimpinan anda. Malah menampakkan kebodohan anda dalam menangani sesuatu permasalahan. Waallahualam.

Jom dengar apa kata Tun M.

Sunday, January 1, 2012

First post for 2012

Hari adalah hari pertama dalam tahun 2012....semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Ya Allah...terima kasih atas usia yang telah Kau pinjamkan buatku...bertambahnya usiaku ini menunjukkan lebih dekat diriku ini dengan kematian..Ya Allah semoga Kau memberkati usiaku ini...Amin....