Saturday, January 30, 2010

teknologi dan tanggungjawab

Salam..Hari ini cuaca sangat baik tapi aku rasa cam malas sangat nak keluar sebab kalau keluar nanti duit pun sama-sama keluar...Dh duduk merantau ini kenalah pandai-pandai merancang perbelanjaan kalau tak mmg sakit la nk menunggu duit elaun untuk tiga bulan seterusnya.

Sekarang ini terlalu banyak laman sosial di internet seperti Facebook, Friendster, My Space, Twitter just to name a few yang wujud secara percuma. Jika dilihat dari sudut positif laman-laman sebegini memberi peluang kepada pengguna untuk berhubung secara maya dengan rakan-rakan yang baru dikenali dan juga rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan. Ada juga yang mengambil peluang untuk mempromosi perniagaan masing-masing. Sememangnya teknologi membuka banyak peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengambil peluang tersebut.

Namun, bila teknologi disalahgunakan ia mampu mengugat keharmonian yang sememangnya yang sedang meruncing sekarang ini. Ada segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab menggunakan kecanggihan teknologi untuk menabur fitnah, mencerca sensitiviti sesebuah bangsa, menghina, mengaibkan orang lain dan tidak kurang juga ada yang menggunakan teknologi untuk memeras ugut orang. Aku pun tidak pasti apa yang mereka fikirkan semasa setiap kali mereka mengetuk papan kekunci dan memerbitkan setiap entry mereka. Tidakkah mereka sedar setiap apa yang dilakukan akan dipersoalkan pada 'Hari' tersebut.

Jadi sama-samalah kita renung sama ada apa yang kita lakukan pada hari ini mampu membantu kita menghadap Ya Rab pada hari tersebut. Sekelumat kuasa yang diberikan olehNya datang tanggungjawab yang perlu kita galas. bak kata Sheldon dlm the big bang theory 'great power comes with great responsibility'.

cheers

Friday, January 29, 2010

Warga tua di blok barat

Hari ini aku macam biasa akan ke office. Kebiasaannya aku akan pulang dalam jam 5 petang dan aku akan tunggu bas di Karori Mall. Sebelum itu, adalah lebih baik aku cerita sedikit mengenai Karori.

Karori merupakan sebuah pekan kecil kalau di Malaysia aku boleh samakan pekan ini macam pekan Tanjong Malim. Tapi pekan TM ini amat tidak terancang dan kotor. Tapi dari segi kemudahan memang sama. Dekat dengan post office, pasaraya, bank, kedai2, dan klinik. Dari segi bentuk muka bumi sangat sama dengan Tanjong Malim. Berbukit-bukit dan pekannya terletak di lembah. Cuma bezanya. di lereng-lereng bukit di Tanjong Malim org tak buat penempatan.

Berdasarkan pengamatan aku sepanjang berada di sini, Karori ini majoritinya didiami oleh warga emas. Setiap hari semasa aku sedang menunggu bas di Karori Mall mesti akan terlihat kelibat seorang pakcik ini. Setiap kali jumpa dia mesti dia tengah menghisap pipe. Pakcik ini heavy smoker betul. Samalah dengan Pak Andrew yang aku temui semasa di Perth dulu. Apa yang ingat aku nyatakan warga tua di sini kesunyian. Cuba bayangkan makcik yang dh bongkok 3 pun masih menolak troley seorang diri di supermarket. Tersentuh hati mengenangkan mereka. Terdetik di hati kemanakah anak-anak mereka?

Petang tadi aku berpeluang untuk bersembang dengan seorang makcik yang berusia lingkungan 70 an yang sama-sama menunggu bas. Susuk tubuhnya sangat kurus, badannya tidak lurus lagi, pendengarannya sudah kurang jelas dan penglihatannya juga kabur (cermin mata tebal sgt).Tah macam mana aku boleh tertanya sama ada dia ada anak2 atau tidak. Dia memberitahu aku yang dia mmg ada anak-anak tp dia memilih untuk hidup di rumah org-org tua atas alasan dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Tetapi dia menyatakan dia bangga kerana dia sudah berjaya menjalankan tanggungjawab dia sebagai ibu kerana anak-anaknya mempunyai kehidupan yang baik. Dia percaya tanggungjawab membesarkan anak memang tergalas di bahu ibubapa dan dia tidak mengharapkan balasan atas apa yang telah dia lakukan. Sebelum perbualan kami berakhir dia juga menyatakan dia tidak mengharapkan anak-anaknya menjaga dia kerana suatu ketika dulu dia juga tidak menjaga ibubapanya. Tersentuh hati melihat makcik tu...tp itu la budaya yang diamalkan disini...warga tua memilih untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di rumah orang-orang tua daripada bersama keluarga. So what goes aroud comes aroud.

Sama-samalah kita renungkan...sanggupkah kita membiarkan ibubapa yang telah membesarkan dan membelai kita dengan penuh kasih sayang dibiarkan kesepian menghabiskan sisa-sisa kehidupan...

Monday, January 25, 2010

Ibu oh Ibu

Baru-baru ini aku terbaca berita mengenai rintihan seorang ibu yang sanggup berhutang dengan saudara-mara semata-mata untuk ke semenajung bagi mencari anaknya. Tetapi setelah dia berpeluang untuk berjumpa dengan anaknya, anaknya mengambil pendekatan untuk tidak mengakui wanita tersebut adalah ibunya.

sila klik
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0124&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

Sebak rasanya bila membaca artikel ini membuatkan aku mengimbas kembali cerita yang disampaikan oleh cikgu tadika aku Cikgu Aishah mengenai Si Tanggang anak derhaka. Cerita tersebut cukup memberi kesan kepada aku sehingga kini. Masih terngiang-ngiang sumpahan si ibu yang terguris hatinya sehingga anaknya akhirnya menjadi batu.

Kisah si Tanggang mungkin hanya dongengan, tetapi kisah Alqamah yang sukar untuk melafazkan syahadat semasa sedang nazak hanya disebabkan ibunya berkecil hati dengan anaknya patut dijadikan pengajaran. Semasa hayatnya Alqamah merupakan seorang yang alim, namun hanya disebabkan perselisihan faham menyebabkan ibunya tidak redha terhadap dirinya telah memberi kesan yang cukup hebat.

Begitulah tingginya darjat kedua ibubapa sehingga rasullah saw bersabda yang maksudnya:
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim

Aku berpesan kepada diri aku sendiri supaya menghargai dan menyayangi ibubapa kerana tanpa kedua ibubapa siapalah kita.

Mak, I miss you so badly...:((

kembali aktif

Sebenarnya sudah agak lama aku tidak menulis di blog ini. Bukan sebab malas tetapi disebabkan kekang masa dan kerja yang bertali arus membataskan peluang aku untuk berkarya. Ada orang berpendapat orang yang gagal adalah orang yang suka mencari alasan dan orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mencari penyelesaian. Aku ingin menjadi orang yang mencari jalan penyelesaian. Semoga diperkenanan. Amin.

Aku mula berjinak-jinak dengan blog pada pentengahan tahun 2008. Pada masa itu aku tengah bergelut dengan pengajian masters di Perth. Tetapi setelah mendapat inspirasi untuk menulis dari sahabat-sahabat yang aktif menggunakan blog, aku mula berminat untuk menulis. Thanks to my friends Ina and Sya.

Secara peribadi, aku percaya menulis secara langsung dapat membentuk pemikiran seseorang. Menulis pelbagai genre memerlukan seseorang seseorang itu mengunakan corak pemikiran yang berbeza bagi menzahirkan sesebuah penulisan. Sebagai contoh bagi menghasilkan sesebuah karya yang berbentuk futuristik seseorang itu mesti berfikir cara kreatif. Melalui pemikiran kreatif, seseorang itu mampu untuk menghasilkan penulisan yang langkaui ruang dan masa.

Secara jujur, aku akui bukan mudah untuk menghasilkan satu penulisan yang bermakna. Itulah yang sedang aku alami sekarang ini. Aku mempunyai banyak idea mengenai research yang bakal aku lakukan. Tetapi buat masa ini, aku mempunyai masalah untuk menzahirkan dalam bentuk penulisan. SV dh berkali-kali berpesan supaya aku mula menulis dari sekarang idea tanya aku ada ini lebih jelas. The most popular quote from my SV 'Keep on reading and dont forget to write. That will help you shape your research'

Insyaallah, aku akan tidak pernah putus asa untuk meneruskan perjalanan aku di bumi Wellington ini. Amin...

So never give up Siti..