Friday, December 31, 2010

pesta mengutip kupang di Shelly Bay

Alhamdulilah cuaca baik semalam cerah tp berangin...cuaca yang baik seperti ini usah dipersiakan almaklum cuaca Di Wellington tak menentu pagi ribut, tengahari hujan, petang pulak cerah dan terang benderang...boleh dikatakan dalam sehari ada 4 musim...itulah org cakap, lain padang lain belalang....

Jadi, pada hari ini Kak bell dan Abg Ali merancang nak buat bbq mussel kt Shelly Bay...walaupun rancangan ini dibuat secara tergempar namun sambutan tetap meriah...specially bagi orang yang baru sampai cam aku (walaupun dh setahun dok sini) Mat Nor dan family, Kay, dan Ammar dan keluarga. Thanks to kak zizah dan keluarga yang begitu sporting dan sudi menumpangkan saya ke mana sahaja mereka pergi...

Sesampainya kami di Shelly Bay, terus jek cari tempat nak melepak...terus jek buka makanan yang di bawa untuk di kongsi bersama...itu la hajat dihati nak tolong kutip kupang..ingatkan kupang tu bersepah2 jek kat tepi pantai..tak tau pulak dia ni jenis melekap kt batu2...so macam mana gaya nk tolong kutip...tgk2 yang lain pun relax jek lagi..tak de gaya cam nk turun ke luat pun...it seems that we are waiting for someone..masa tu tuk tanya pun...cuma terdetik di dalam hati..bila nk turun kutip kupangnya...

tak berapa lama kemudian datang la en nawawi...dia berasal dari Vietnam tetapi sudah lama menetap di new Zealand...dia datang lengkap berpakaian scuba siap ...ai???takkan nk kene menyelam kot tuk kutip kupang ni...rupa-rupanya mmg kene menyelam sebab banyak kupang yang dh matang berada di bawah celah-celah batu besar di dasar laut...yang berada bahagian atas sudah lama dikutip oleh orang lain...

setelah lama menunggu, banyak jugak hasil tangkapan kupang yang diperolehi...hampir 10 kg (anggaran sahaja) kupang yang berjaya dinaikkan. Abg Ali dan Ammar mengambil tugasan memanggang kupang tersebut...pada mulanya ingin menggunakan dapur gas...namun lambat plak kupang2 tu nk masak...jadi mereka mengambil jalan mudah untuk memasak kupang tu dgn menggunakan cara tradisonal iaitu menggunakan unggun api...nah tak sampai 15 minit kupang dh sedia untuk dimakan...puas jugak kami menikmati kupang yang masih segar..Alhamdulilah, atas nikmat yang telah Engkau berikan...








p/s: gambar-gambar tersebut adalah atas ehsan Kay...

Thursday, December 30, 2010

akhirnya kemenangan milik Malaysia

Sejak akhir-akhir ini pasukan bola sepak Malaysia menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dengan kemenangan Piala Suzuki menamatkan kemarau rakyat Malaysia untuk menjulang piala tersebut selama 14tahun. Sudah hampir 30 tahun pasukan bola sepak Malaysia melalui 'zaman kegelapan'. Prestasi yang merudum para pemain serta sokongan peminat bola yang kian meluntur melakar episod duka dalam sejarah bola sepak tanahair. Namun, akhirnya pasukan Malaysia bangkit untuk membuktikan bola sepak Malaysia masih belum berkubur. Kemenangan Malaysia pada kali ini tlah mengembalikan semula maruah bola sepak Malaysia yang sudah lama tercalar.SHABAS...

Walaupun aku berada di luar negara tetapi semangat patriotik tetap membara untuk melihat Malaysia menang. Tahniah ke atas seluruh pemain dan barisan jurulatih kerana berhempas pulas memastikan kemenangan milik Malaysia.

Dalam masa yang sama, pihak Malaysia turut dikecam dari segi mental dan fizikal oleh pihak peminat fanatik pasukan lawan. Diejak sebagai 'Maling'sia, Raja Gompalan...What pathetic supporters?


Diharapkan kejayaan ini tidak akan membuatkan para pemain terlena. Matlamat untuk masa hadapan adalah tersenarai sebagai pasukan yang bertanding di Piala Dunia.

All the best...

Berikut adalah highlight perlawanan akhir 1st leg di Stadium Bukit Jalil


Berikut adalah highlight perlawanan akhir 2nd leg di Stadium Gelora Bung Karno

Friday, December 24, 2010

Aduhai...

dalam hidup ni kena kurangkan mengeluh...walaupun dugaan tu berat sekalipun kerana Allah menguji seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya...

cuba renung kembali, mengapa bila kita ditimpa kesusahan kita mengeluh. mengapa bila kita sakit kita mengeluh....

mengapa bila kita sihat kita tak bertanya pun mengapa pada hari ni allah beri kesihatan pada aku? mengapa pada hari ni allah beri kesenangan pada aku???

bukankan kedua-duanya datangnya dari Allah jua untuk menguji tahap keimanan hambaNYA.

ayuh, sama2 kita fikir dan bertindak...tapi awas pastikan tindakan kita sesuai dengan kemampuan dan tidak melampaui batas-batas yang telah ditetapkan.

Sunday, December 19, 2010

selamat kembali ke tanahair

Alhamdulilah, akhirnya mak selamat sampai ke tanahair pada 20/12/2010...tapi hati ini terasa amat sayu kerana tidak dapat memeluk mak untuk menyambut kepulangannya...

Semoga Allah menerima ibadatnya dan mendapat haji yang mabrur...

Insyaallah, satu hari nanti aku pun bakal menjejakkan ke tanah haram dan menjadi tetamu Allah...

Amin...

Friday, December 17, 2010

Musim panas di Wellington

Musim panas merupakan musim yang ditunggu-tunggu oleh penduduk yang berada di negara 4 musim...banyak aktiviti yang diadakan pada musim ini berbanding pada musim-musim yang lain...pada musim ini, manusia lebih santai, tidak perlu berpakaian tebal, bersarung tangan untuk ke mana-mana...

Pertama kali aku merasai musim panas adalah semasa berada di Australia pada tahun 2008...panasnya adalah sangat berbeza berbanding panas terik di Malaysia...suhu pada musim panas boleh menjangkau sehingga 40 darjah Celsius...masih teringat kipas yang dipasang semasa di dalam rumah menjadikan keadaan bertambah buruk...apabila udara yang menyapa kulit cukup memeritkan...di luar tidak ada sebentuk awan pun yang terawang-awang di udara...warna biru menghiasi dada langit...panorama ini sukar untuk dilihat di Malaysia...

Namun, Berada di NZ memberi pengalaman dan tanggapan berbeza mengenai musim panas...Di Wellington, musim panasnya tidak terlalu panas, suhu sekitar 15-20 darjah Celsius...Kadang kala suhunya mencecah sehingga 25 darjah celsius...Udaranya nyaman dan angin yang menyapa cukup mendamaikan...Angin jugak tidak bertiup terlalu kuat berbanding pada musim-musim yang lain...Boleh dikatakan musim panas di Wellington begitu mendamaikan berbanding pada musim-musim yang lain...


Alhamdulilah..Allah memberi peluang kepada aku untuk merasai musim yang sama di dua negera yang berlainan...Maha Besar Allah yang menjadikan alam ini...

Pabila memikirkan tentang panasnya di dunia yang cukup merimaskan...tak terbayang panasnya di Padang Mahsyar kelak matahari hanya sejengkal di atas kepala sementara menanti nama dipanggil untuk dihisab segala amalan sebagai penentu 'destinasi'ku yang terakhir...Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, Kau cucurilah rahmat ke atas hamba-Mu ini...

Thursday, December 16, 2010

I am blessed to be a Muslim

Everytime I smile, I am rewarded...
Everytime I greet people with a simple salam, I am rewarded...
Everytime I control my temper, I am rewarded...
Everytime I begin my tasks with Bismilah, I am rewarded...
Everytime I see a single letter in the quran, I am rewarded...
Everytime I recite a single letter in the quran, I am rewarded...
Everytime I hold something with right hand, I am rewarded...
Is that wonderful to be a Muslim when every good deed counts?
ALHAMDULILAH...Thanks to Allah the most gracious the most merciful...

Monday, December 13, 2010

IbuKu SaYanG

Insyaallah kalau tidak ada aral yang melintang,mak akan pulang ke tanahair pada 20 Disember ni dari tanah suci Mekah...Akhirnya tertunai juga hasratnya untuk menunaikan fardu haji...

semalam aku menghantar sms kpd mak..alhamdulilah mak dh selamat berada di Madinah...

tak sabar untuk berjumpa dengan mak....

MAK, I miss you so much....tak sabar nk balik Jan ni tuk peluk dan cium mak puas2....

semoga kita berjumpa lagi January ini...

10 Muharram (Puasa atau bubur asyura)

Assalamualaikum...
kita masih lagi berada dalam bulan pertama dalam kalendar Islam...nih merupakan tahun yang ke 1432 hijrah...

pada 16 disember 2010 nanti..kita bakal menyambut hari assyura (yang bermakna 10) pada tanggal 10 Muharam...banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh ini...antara yang paling popular adalah terdamparnya bahtera nabi nuh as di pergunungan ararat di Turki...terselamatkan kaum bani israil dan nabi musa as daripada cengkaman tentera Firaun...dan mereka berjaya menyeberangi laut merah dan keluar dari negeri mesir...

pada hari asyura ini kita diajar untuk berpuasa sunat...seperti dalil-dalil berikut

Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.

Jadi, ayoh kawan-kawan kita berpuasa pada khamis ini...semoga kita mendapat keredhaan-Nya...

p/s: lom come across mana2 dalil suh jamu org ngan bubur asyura...:P

kembali berFB

salam...
post beberapa bln yg lepas...saya dh ambil keputusan tuk deactivate account FB...
tapi kali ni saya mengaktifkan semula account FB untuk beberapa sebab...antaranya adalah semenjak terlibat secara langsung dengan aktiviti berpersatuan...banyak maklumat-maklumat terkini di'update' melalui FB..jadi untuk tidak ketinggalan jadi saya pun active kan semula account tersebut..

sebab kedua adalah...bertitik tolak dari tragedi gempa bumi 5th sept yang berlaku di CHCH tu...sedikit sebanyak memberi kesan terhadap persiapan saya tuk lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan...jadi account facebook ini akan menjadi salah satu wardah tidak rasmi kepada rakan2 mengenai keadaan saya di sini...secara tidak langsung dapat meredakan sedikit kerisauan insan2 yang mengenali diri saya ini...

sebab ke tiga adalah...saya merindui teman-teman saya...rindu ingin mengetahui perkembangan terbaru mereka...tp tak tau la plak adakah teman-teman menrindui saya????

Friday, December 10, 2010

seksanya menunggu

salam,

Post kali ni berkisar tentang perkara yang berada di luar kawalan aku sebagai manusia biasa. Apabila perkara-perkara yang di luar jangkaan ini berlaku sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada aku yang menanggungkan dan dalam masa yang sama mengganggu kelancaran aktiviti yang telah dirancang.

Pada masa ini aku sedang menunggu 3 perkara besar dalam meneruskan perjalanan phd aku. Pertama aku sedang mengunggu kelulusan dari pihak ethics committee mengenai ethics. Kedua aku juga sedang menunggu dengan sabarnya kelulusan menjalankan kajian di Malaysia dari EPU dan yang terakhir aku juga tengah menunggu response dari sv tentang memorandum sebelum balik untuk data collection….

That’s nothing that I can do except pray to Almighty Allah because He knows what is the best for me. Oh..Allah please guides me .Allahu Akbar….