Monday, July 18, 2011

mengapa nak jadi cikgu?

soalan yang pertama aku tanya sebelum aku mengambil keputusan untuk menjadikan guru sebagai kerjaya...tak de profesion lain ke yang aku impikan sebelum ni...

sebenarnya ada cerita disebalik pemilihan kerjaya ini. sejak dari kecil lagi aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan dan impian ini tak pernah pudar sehinggalah aku berusia 22 tahun. pada usia selewat itu aku membuat pusangan U yang paling besar dalam memilih kerjaya dan hala tuju sebelum menuju destinasi yang hakiki....

seperti yang aku nyatakan tadi cita-cita aku untuk menjadi seorang doktor perubatan tak pernah pudar. namun aku bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar yang pandai lagi bijaksana. kalau hendak dibandingkan dengan pelajar yang lain, aku ini tergolong dalam kalangan pelajar yang berpencapaian sederhana. sepanjang zaman persekolahan tidak pernah sekali pun aku menjejakkan kaki ke pentas pada akhir tahun untuk menerima hadiah pelajar cemerlang...(selalu naik pentas untuk buat performance adalah..gedik sungguh). namun dalam hati aku ni ada satu naluri untuk mencapai cita-citaku dan ianya tak pernah pudar...mungkin semangat ini yang mendorongku untuk maju ke hadapan dalam bidang akademik.

semasa berusia 12 tahun aku berharap sangat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP)...matlamat tetap sama iaitu untuk belajar bersungguh2 dan mendapat keputusan yang baik jadi chances nak masuk u tinggi...(dasat ooo kecik2 dah berangan2 cam tu)
so masa UPSR tu aku pun pulun la...pulun punya pulun result aku tak la sebaik kawan-kawan aku yang lain....kalau setakat 1 A...SBP mana yang nak amik aku ni....so masa tu aku frusted sungguh...jadi aku masuk sekolah menengah harian biasa SMKSK...

di sekolah menengah aku berusaha lagi untuk dapatkan keputusan yang baik....alhamdulilah aku kekal di kelas pertama sampai ke tingkatan 3... PMR menunggu semasa di tingkatan 3. target aku tetap sama aku nak dapat keputusan yang baik dan pindah ke sekolah berasrama penuh....so tahun tu aku berusaha bersungguh-sungguh...tapi aku masih lagi gagal untuk mendapat keputusan yang cemerlang...mungkin usaha aku tak cukup untuk tak dapat 8A... again dengan bilangan A yg sedikit tidak melayakkan aku untuk ke SBP. Jadi aku kekal di SMKSK hingga ke tingkatan 5...

namun aku masih lagi tak berputus harap...aku tak pernah membiarkan kegagalan aku memusnahkan cita-citaku....jadi aku berusaha bersungguh-sungguh supaya aku dapat keputusan SPM yang baik dan aku boleh mengikuti program matrikulasi...aku tau apa yang aku mahukan jadi aku berusaha untuk mencapai apa yang aku inginkan...tapi aku yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...Keputusan SPM aku tidaklah hebat mana...tapi masih lagi Pangkat 1..skang ni dah pakai gred yang lain...so maybe different...dengan keputusan tak seberapa ini aku tak diterima oleh mana-mana matrikulasi pun...so sad...sekali lagi aku gagal mencapai impianku...tapi aku bersykur ditawarkan mengikuti diploma sains di UiTM....

semasa aku mendapat tawaran UiTM itu...aku bertekad untuk buat yang terbaik kerana ini adalah saluran aku yang terakhir untuk jadi seorang doktor...tapi semasa mengikuti program diploma tu aku perform subject Biologi je...subjek2 science yang lain...takde la bagus sangat....selama 2 1/2 tahun aku berjuang untuk dapatkan segulung diploma namun diploma aku tak melayakkan aku untuk mengikuti program medic...buat sekian kalinya aku gagal lagi...perasaan masa tu hanya Allah sahaja yang tahu

disinilah titik pusingan U dalam kehidupanku...pada masa tu aku terpaksa berfikiran realistik...aku tak mampu untuk mengikuti program perubatan di universiti swasta dan keputusan diploma tak melayakkan aku untuk mengikuti program perubatan di universiti awam...aku memang tak de harapan untuk menjadi seorang doktor perubatan...aku terpaksa memikirkan kejaya yang lain...selepas habis diploma aku tak mau terus bekerja kerana aku ingin sambung belajar lagi...jadi aku mengerjakan solat istiharah dan bermohon diberikan petunjuk jalan mana yang perlu aku pilih...akhirnya aku memilih untuk menjadi seorang guru biologi...pada masa tu aku dah tanamkan dalam hati aku untuk jadi seorang guru sains yang mampu untuk menghasilkan pelajar yang cederung untuk menceburi bidang sains perubatan (merealisasikan cita-citaku), atau menceburi bidang yang berkaitan dengan sains, atau menghasilkan generasi yang celik sains yang mampu untuk menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian....

Namun aku hanya boleh merancang dan Allah jua merancang tetapi perancangan Allah adalah lebih baik...sentiasa bersangka baik dengan Allah..siapa sangka niat untuk melahirkan generasi yang sekurang-kurangnya celik sains, aku kini diamanahkan untuk mendidik bakal-bakal guru yang bakal 'menjentik' hati-hati generasi akan datang untuk mengenali Pencipta melalui pengamatan mereka semasa mengenali sains. Insyaallah..semoga usahaku diberkati...amin

No comments:

Post a Comment