Saturday, January 1, 2011

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011...

Masa berlalu begitu pantas tanpa aku sedari hari ini aku telah menjejak tahun baru bagi Kalendar romani. Tahun 2010 telah mencatatkan sejarah tersendiri dalam diari kehidupanku. Banyak hasrat yang telah aku tamankan telah pun terlaksana. Tidak kurang juga terdapat perkara yang telah aku rancang tetapi tidak dapat aku laksanakan kerana ianya berada diluar bidang kuasa aku. Walaupun ianya sukar untuk aku lalui, namun aku yakin Allah swt mempunyai perancangan tersendiri. Perancangan yang jauh lebih baik daripada apa yang aku telah rancang. Alhamdulilah atas nikmat yang Kau berikan Ya Allah swt.

Tahun 2011 membuka lembaran baru. Matlamat hidupku tetap sama. Aku ingin menjadi hamba yang taat kepada PenciptaNya, umat yang sentiasa taat kepada Nabi junjungan saw, anak yang taat kepada kedua ibubapa, dan membuat kebaikan kepada semua orang. Jadi pada tahun ini aku ingin melipat gandakan amalan yang diredhai oleh Allah, mengikut sunnah yang di ajar oleh Nabi Muhammad saw, dan menabur bakti kepada ibuku dan memanjatkan doa agar roh allahyarham ayahku dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga harapan ku terlaksana...AMIN

No comments:

Post a Comment