Thursday, December 30, 2010

akhirnya kemenangan milik Malaysia

Sejak akhir-akhir ini pasukan bola sepak Malaysia menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dengan kemenangan Piala Suzuki menamatkan kemarau rakyat Malaysia untuk menjulang piala tersebut selama 14tahun. Sudah hampir 30 tahun pasukan bola sepak Malaysia melalui 'zaman kegelapan'. Prestasi yang merudum para pemain serta sokongan peminat bola yang kian meluntur melakar episod duka dalam sejarah bola sepak tanahair. Namun, akhirnya pasukan Malaysia bangkit untuk membuktikan bola sepak Malaysia masih belum berkubur. Kemenangan Malaysia pada kali ini tlah mengembalikan semula maruah bola sepak Malaysia yang sudah lama tercalar.SHABAS...

Walaupun aku berada di luar negara tetapi semangat patriotik tetap membara untuk melihat Malaysia menang. Tahniah ke atas seluruh pemain dan barisan jurulatih kerana berhempas pulas memastikan kemenangan milik Malaysia.

Dalam masa yang sama, pihak Malaysia turut dikecam dari segi mental dan fizikal oleh pihak peminat fanatik pasukan lawan. Diejak sebagai 'Maling'sia, Raja Gompalan...What pathetic supporters?


Diharapkan kejayaan ini tidak akan membuatkan para pemain terlena. Matlamat untuk masa hadapan adalah tersenarai sebagai pasukan yang bertanding di Piala Dunia.

All the best...

Berikut adalah highlight perlawanan akhir 1st leg di Stadium Bukit Jalil


Berikut adalah highlight perlawanan akhir 2nd leg di Stadium Gelora Bung Karno

No comments:

Post a Comment