Sunday, December 19, 2010

selamat kembali ke tanahair

Alhamdulilah, akhirnya mak selamat sampai ke tanahair pada 20/12/2010...tapi hati ini terasa amat sayu kerana tidak dapat memeluk mak untuk menyambut kepulangannya...

Semoga Allah menerima ibadatnya dan mendapat haji yang mabrur...

Insyaallah, satu hari nanti aku pun bakal menjejakkan ke tanah haram dan menjadi tetamu Allah...

Amin...

Friday, December 17, 2010

Musim panas di Wellington

Musim panas merupakan musim yang ditunggu-tunggu oleh penduduk yang berada di negara 4 musim...banyak aktiviti yang diadakan pada musim ini berbanding pada musim-musim yang lain...pada musim ini, manusia lebih santai, tidak perlu berpakaian tebal, bersarung tangan untuk ke mana-mana...

Pertama kali aku merasai musim panas adalah semasa berada di Australia pada tahun 2008...panasnya adalah sangat berbeza berbanding panas terik di Malaysia...suhu pada musim panas boleh menjangkau sehingga 40 darjah Celsius...masih teringat kipas yang dipasang semasa di dalam rumah menjadikan keadaan bertambah buruk...apabila udara yang menyapa kulit cukup memeritkan...di luar tidak ada sebentuk awan pun yang terawang-awang di udara...warna biru menghiasi dada langit...panorama ini sukar untuk dilihat di Malaysia...

Namun, Berada di NZ memberi pengalaman dan tanggapan berbeza mengenai musim panas...Di Wellington, musim panasnya tidak terlalu panas, suhu sekitar 15-20 darjah Celsius...Kadang kala suhunya mencecah sehingga 25 darjah celsius...Udaranya nyaman dan angin yang menyapa cukup mendamaikan...Angin jugak tidak bertiup terlalu kuat berbanding pada musim-musim yang lain...Boleh dikatakan musim panas di Wellington begitu mendamaikan berbanding pada musim-musim yang lain...


Alhamdulilah..Allah memberi peluang kepada aku untuk merasai musim yang sama di dua negera yang berlainan...Maha Besar Allah yang menjadikan alam ini...

Pabila memikirkan tentang panasnya di dunia yang cukup merimaskan...tak terbayang panasnya di Padang Mahsyar kelak matahari hanya sejengkal di atas kepala sementara menanti nama dipanggil untuk dihisab segala amalan sebagai penentu 'destinasi'ku yang terakhir...Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, Kau cucurilah rahmat ke atas hamba-Mu ini...

Thursday, December 16, 2010

I am blessed to be a Muslim

Everytime I smile, I am rewarded...
Everytime I greet people with a simple salam, I am rewarded...
Everytime I control my temper, I am rewarded...
Everytime I begin my tasks with Bismilah, I am rewarded...
Everytime I see a single letter in the quran, I am rewarded...
Everytime I recite a single letter in the quran, I am rewarded...
Everytime I hold something with right hand, I am rewarded...
Is that wonderful to be a Muslim when every good deed counts?
ALHAMDULILAH...Thanks to Allah the most gracious the most merciful...

Monday, December 13, 2010

IbuKu SaYanG

Insyaallah kalau tidak ada aral yang melintang,mak akan pulang ke tanahair pada 20 Disember ni dari tanah suci Mekah...Akhirnya tertunai juga hasratnya untuk menunaikan fardu haji...

semalam aku menghantar sms kpd mak..alhamdulilah mak dh selamat berada di Madinah...

tak sabar untuk berjumpa dengan mak....

MAK, I miss you so much....tak sabar nk balik Jan ni tuk peluk dan cium mak puas2....

semoga kita berjumpa lagi January ini...

10 Muharram (Puasa atau bubur asyura)

Assalamualaikum...
kita masih lagi berada dalam bulan pertama dalam kalendar Islam...nih merupakan tahun yang ke 1432 hijrah...

pada 16 disember 2010 nanti..kita bakal menyambut hari assyura (yang bermakna 10) pada tanggal 10 Muharam...banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh ini...antara yang paling popular adalah terdamparnya bahtera nabi nuh as di pergunungan ararat di Turki...terselamatkan kaum bani israil dan nabi musa as daripada cengkaman tentera Firaun...dan mereka berjaya menyeberangi laut merah dan keluar dari negeri mesir...

pada hari asyura ini kita diajar untuk berpuasa sunat...seperti dalil-dalil berikut

Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.

Jadi, ayoh kawan-kawan kita berpuasa pada khamis ini...semoga kita mendapat keredhaan-Nya...

p/s: lom come across mana2 dalil suh jamu org ngan bubur asyura...:P

kembali berFB

salam...
post beberapa bln yg lepas...saya dh ambil keputusan tuk deactivate account FB...
tapi kali ni saya mengaktifkan semula account FB untuk beberapa sebab...antaranya adalah semenjak terlibat secara langsung dengan aktiviti berpersatuan...banyak maklumat-maklumat terkini di'update' melalui FB..jadi untuk tidak ketinggalan jadi saya pun active kan semula account tersebut..

sebab kedua adalah...bertitik tolak dari tragedi gempa bumi 5th sept yang berlaku di CHCH tu...sedikit sebanyak memberi kesan terhadap persiapan saya tuk lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan...jadi account facebook ini akan menjadi salah satu wardah tidak rasmi kepada rakan2 mengenai keadaan saya di sini...secara tidak langsung dapat meredakan sedikit kerisauan insan2 yang mengenali diri saya ini...

sebab ke tiga adalah...saya merindui teman-teman saya...rindu ingin mengetahui perkembangan terbaru mereka...tp tak tau la plak adakah teman-teman menrindui saya????

Friday, December 10, 2010

seksanya menunggu

salam,

Post kali ni berkisar tentang perkara yang berada di luar kawalan aku sebagai manusia biasa. Apabila perkara-perkara yang di luar jangkaan ini berlaku sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada aku yang menanggungkan dan dalam masa yang sama mengganggu kelancaran aktiviti yang telah dirancang.

Pada masa ini aku sedang menunggu 3 perkara besar dalam meneruskan perjalanan phd aku. Pertama aku sedang mengunggu kelulusan dari pihak ethics committee mengenai ethics. Kedua aku juga sedang menunggu dengan sabarnya kelulusan menjalankan kajian di Malaysia dari EPU dan yang terakhir aku juga tengah menunggu response dari sv tentang memorandum sebelum balik untuk data collection….

That’s nothing that I can do except pray to Almighty Allah because He knows what is the best for me. Oh..Allah please guides me .Allahu Akbar….