Monday, December 13, 2010

10 Muharram (Puasa atau bubur asyura)

Assalamualaikum...
kita masih lagi berada dalam bulan pertama dalam kalendar Islam...nih merupakan tahun yang ke 1432 hijrah...

pada 16 disember 2010 nanti..kita bakal menyambut hari assyura (yang bermakna 10) pada tanggal 10 Muharam...banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh ini...antara yang paling popular adalah terdamparnya bahtera nabi nuh as di pergunungan ararat di Turki...terselamatkan kaum bani israil dan nabi musa as daripada cengkaman tentera Firaun...dan mereka berjaya menyeberangi laut merah dan keluar dari negeri mesir...

pada hari asyura ini kita diajar untuk berpuasa sunat...seperti dalil-dalil berikut

Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.

Jadi, ayoh kawan-kawan kita berpuasa pada khamis ini...semoga kita mendapat keredhaan-Nya...

p/s: lom come across mana2 dalil suh jamu org ngan bubur asyura...:P

No comments:

Post a Comment