Monday, January 9, 2012

Sampah oh sampah…..

Sampah bukanlah satu isu yang remeh bagi mana-mana negara, tak kiralah sama ada negara itu berstatus negara maju, negara membangun, ataupun negara miskin. Dianggarkan setiap orang di dunia ini membuang sampah secara purata sebanyak 2kg sehari. Dua kilogram mungkin dianggap tidak membebankan tetapi sekiranya sesebuah negara itu memiliki populasi penduduk seramai 20 juta. Cuba bayangkan berapa tan sampah yang perlu diselenggara oleh pihak berwajib dalam masa sehari?

Di Malaysia pengendalian sampah terutamanya sampah domestik masih lagi di tahap yang sederhana. Tidak semua kawasan perumahan mendapat perkhimatan pengutipan sampah secara berkala daripada pihak berwajib. Kawasan perumahan terutama di bandar-bandar mendapat perkhimatan ini sedangkan kawasan luar bandar dinafikan perkhimatan ini walaupun mereka tidak terkecuali daripada membayar cukai pintu. Jadi penduduk di kawasan luar bandar terpaksa membakar sampah-sampah mereka untuk tujuan perlupusan sampah. Tindakan ini semestinya menyelesaikan masalah mereka tetapi memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.

Bagi mengurangkan impak yang buruk terhadap alam sekitar, kerajaan telah melancarkan kempen kitar semula. Terdengar-dengar selogan ‘fikir dahulu sebelum buang’ satu ketika dulu. Siap buat lagu lagi. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula diasingkan daripada sampah yang tidak boleh dikitar semula. Kempen ini telah berjalan setelah sekian lama bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negara. Namun kempan yang dijalankan ini tidak menyeluruh. Tong-tong kitar semula hanya diletakkan di stesen-stesen minyak, di sekolah-sekolah, dan juga di pejabat-pejabat. Tetapi tong-tong kitar semula ini tidak disediakan di kawasan perumahan. Jadi bagaimana kempen ini hendak dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kemudahan tidak disediakan oleh pihak yang menganjurkannya? Bukankah pendidikan itu bermula dari rumah. Jadi rumahlah menjadi lokasi yang paling strategik untuk menjayakan kempen ini. Adakah kempen ini pernah dijalankan? Adakah mana-mana negara telah berjaya mendidik rakyatnya mengitar semula? Bagaimana caranya? Di sini aku ingin memberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Diberi peluang untuk menjejakkan kaki di dua buah negara yang berbeza membuka mata aku mengenai pengurusan sampah yang hampir sama tetapi mempunyai pendekatan yang amat ketara. Australia dan New Zealand dua negara berjiran yang mempunyai tahap pengurusan sampah yang setara cuma mempunyai cara perlaksanaan yang berbeza. Semasa aku berada di Australia pada tahun 2008 aku seolah-olah telah ‘terprogram’ untuk mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Hari pertama aku memasuki rumah sewaku, tuan rumah telah mengingatkanku mengenai perkara ini. Beliau mengingatkanku untuk membuang sampah yang tidak boleh dikitar semula ke dalam tong sampah bertutup hitam dan membuang sampah yang boleh dikitar semula ke dalam tong bertutup hijau. Sampah-sampah akan dikutip secara berkala. Memandangkan ini kali pertama aku berada diperantauan, aku patuh dengan arahan tersebut. Ibarat kata pepatah ‘masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum’. Lagi pun aku tak suka ditegur mengenai perkara-perkara yang remeh. So that’s how Australians work on sewage.

Berbeza dengan New Zealand atau lebih tepat lagi Daerah Wellington. Kalau di Malaysia aku perlu membayar sejumlah wang untuk menggunakan tandas awam tetapi di sini aku tidak perlu untuk membayar wang bagi menggunakan tandas awam tetapi aku perlu membayar duit untuk membuang sampah. Pelikkan? Kalau di Malaysia mau dah buat demostrasi di hadapan Majlis daerah. Don’t get me wrong, dude. It doesn’t mean that I have to pay to the trash collectors before they can collect my rubbish and throw it into the truck. Tapi aku perlu bayar plastik sampah yang digunakan untuk membungkus sampah-sampah tersebut. Ini plastiknya.


Plastik kuning untuk sampah yang tak boleh dikitar semula


Bungkusan sampah yang diletakkan ditepi jalan sebelum dikutip

Harga beg sampah itu adalah $2 sekeping. Kalau ditukar dengan mata wang Malaysia mahu dekat RM5 untuk sehelai plastik sampah. Kalau aku menggunakan beg sampah lain jangan haraplah diorang akan kutip sampah-sampah itu. Silap hari bulan boleh disaman oleh Dewan Bandaraya. Jadi terpaksalah beli plastik sampah tu. Kalau tak, tak berangkatlah sampah aku tu sampai bila-bila. Sampah-sampah ini pula dikutip secara berkala. Seminggu sekali lori sampah akan datang untuk mengutip sampah. Tak terbanyang kalau perkara yang sama berlaku di Malaysia. Mau hijau muka masing-masing untuk tahan bau busuk sampah sarap tu. Tetapi memandangkan New Zealand ini negara yang beriklim sejuk jadi sampah kalau disimpan selama satu bulan pun tak berbau lagi. Itulah salah satu rahmat dari Allah swt. Memandangkan harga sehelai plastik sampah hampir bersamaan dengan sepinggan nasi ayam, aku belajar untuk mengurangkan pembuangan sampah. Mana barang-barang yang boleh dikitar semula aku masukkan dalam tong kitar semula. Save the environment and definitely save my money as well.


Bagi mengurus sampah-sampah yang boleh dikitar semula, Dewan Bandaraya telah menyediakan tong sampah bertutup kuning dan tong sampah berwarna hijau secara percuma disetiap kediaman. Tong sampah bertutup kuning disediakan untuk sampah-sampah seperti kertas, tin, dan plastik. Manakala tong hijau adalah untuk botol-botol kaca. Sampah-sampah ini juga dikutip dua minggu sekali secara berkala.


Tong hijau (bersaiz kecil) untuk mengisi botol-botol kaca.


Beg plastik pink untuk mengisi pakaian terpakai untuk dikitar semula


Beg plastik hijau untuk barang-barang yang boleh dikitar semula.


Di sini aku memang perlu berfikir betul-betul sebelum buang sampah. Why do I say so? Aku pernah mendapat amaran dari Dewan Bandaraya kerana membuang sampah yang tidak boleh dikitar semula ke dalam tong kuning. Padahal aku cuma membuang kertas aluminium sahaja. Itu pun ditolaknya. Inilah pertama kali dalam sejarah hidupku sampahku dipulangkan semula. Duhsss….Well it was a good lesson, though.

So nampak tak betapa bijaknya mereka dalam menguruskan sampah-sampah tersebut? Bagaimana mereka berkempen untuk menggalakkan masyakarat mengitar semula sampah-sampah yang boleh dikitar semula? Bagaimana mereka mengajar masyarakat mereka untuk mengurangkan mengeluaran sampah yang tidak boleh dikitar semula? Ketegasan mereka dalam menguatkuasakan sesuatu peraturan. Mereka tidak perlu berkempan secara besar-besaran di tv. Cukup dengan mengwujudkan kemudahan mengitar semula bahan-bahan tersebut kepada masyarakat dan masyakarat dengan sendirinya sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Ada terdengar di telinga kerajaan hendak menyediakan dua tong sampah bagi setiap rumah. Satu tong untuk kitar semula dan satu lagi untuk sampah yang tidak boleh dikitar semula. I hope the government will implement this strategy although at the beginning it may cost a lot of money. I believe in a long run it may bring benefits not only for the people but also to the environment.

Dua kupang idea saya.

No comments:

Post a Comment