Ni mungkin ‘penyakit’ kita semua termasuk aku. Penyakit berlagak maksum dan cepat-cepat nak menghukum orang lain. Contohnya bila seseorang itu berubah penampilan dari bertudung kepada tak bertudung, macam-macam tohamahan yang dilemparkan oleh manusia yang berlagak maksum ni. Habis dikatakan hamba Allah ini. Aku bukan mengiakan tindakan dia kerana memang jelas tindakan tu salah. Tetapi apa hak kita untuk menghukum dia? Bukankah urusan dia tak bertudung itu adalah urusan dia dengan Allah. Kalau berani sangat tegur dia melalui perbuatan, atau tegur secara lisan, dan akhir sekali tegur dia dalam hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Dalam ertikata yang lain adalah mendoakan dia supaya kembali ke jalan yang benar.
Terbaru kisah seorang pelajar Malaysia yang ditaja pengajiannya di luar negara mendapat kecaman hebat dari blog-blog, twitter, dan fb ekoran daripada perubahan mendadak dari segi penampilannya. Habis gambar-gambar dia disebarkan di dinding2 fb. Memang tindakan dia tak wajar sebab tak menutup aurat, bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram dengan pakaian yang….tapi itu urusan dia dengan Allah. Usah dilabel dirinya dengan macam-macam label. Usah disindir ahli keluarganya. Usah diumpat ibunya. Kalau nak tegur perbuatan dia, hantar email pada dia terus (zaman skang ini email lah kan. Mana main surat-surat skang ini.) Usah dijaja gambar dia di seluruh dunia kerana akibatnya kita sama-sama mendapat ‘saham’ di sana. Sanggupkah?
Berhentilah dari membuat kerja tambahan menjadi tuhan dan menghukum seseorang itu atas apa yang telah dilakukan. Sebaliknya periksa diri sendiri. Sudah cukupkah amalan untuk dipersembahkan di hadapanNya di sana? Waallahualam.
No comments:
Post a Comment