Tuesday, June 21, 2011

Ayuh kita merendang plak

itulah kan orang kata kalau dah duduk jauh diperantauan ni benda yang tak pernah buat masa kt Malaysia boleh buat kat sini...jadi semuanya boleh cuma pangkalnya adalah USAHA...dimana ada kemahuan disitu ada jalan...hari ni aku terasa macam nak makan rendang plak...memandangkan semua bahan dah ada lagi lah senang kerja aku ni ha...

bahan-bahan.

200g daging lembu

semua bahan-bahan di bawah dikisar kecuali lengkuas
5 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang besar
4 cm halia (main agak2 jek)
6 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lebih sikit)
2 batang serai
3 cm lengkuas

kemudian bahan-bahan yang telah dikisar tu dicampurkan dengan
1 sudu kunyit serbuk
1 sudu serbuk kari daging
1/2 sudu serbuk cili

cara masak....

tumis 3 serangkai (bunga lawang, cengkih, dan kayu manis) bersama-sama campuran yang telah dikisar tadi. tumis sampai naik bau dan masukkan daging tadi. biarkan daging tu empuk kemudian baru la masukkan santan, daun limau, asam keping, garam dan gula.

kacau sampailah kuah tu kering....tada sedia untuk dimakan...

dah kena makan separuh...


*selalu mak masak rendang letak kerisik, ni cari-cari kerisik tak jumpa...so tak letak la kerisik...maybe kalau letak kerisik lagi umpph...

3 comments:

  1. lengkuas dititik dan ditumis bersama-sama bahan yang telah dikisar

    ReplyDelete
  2. nak mudah lagi gune rempah brahim jer... care aku le tu he he he

    ReplyDelete
  3. tak asli la plak pakai rempah brahim ni...tgh rajin boleh la...

    ReplyDelete