namun di luar terdengar bunyi siren yang kuat. hati ini bertanya lagi, mustahil bomba boleh datang dengan begitu cepat sedangkan aku yang berada di rumah ini pun baru sahaja terhidu bau sengit ini.
lalu aku pun menjengah ke jendala untuk mengintai apa yang berlaku. alangkah terkejutnya aku, apabila aku terlihat enam kereta bomba telah berada di luar sana. hati berdetik lagi. sekiranya ada kebakaran di bangunan ini mengapa loceng kecemasan tidak kedengaran. adakah aku telah terperangkap dalam bangunan ini? cemas!!!
cemas perasaan aku buat seketika. bila ku intai dengan lebih dekat rupa-rupanya memang terdapat kebakaran tapi kebakaran tu berlaku di bangunan yang bertentangan dengan flat yang aku tinggal sekarang ini. nasib baik ianya hanyalah satu kebakaran kecil yang berlaku di luar bangunan sahaja.
lokasi kebakaran
No comments:
Post a Comment