Saturday, June 18, 2011

kuasa imaginasi

kalau di malaysia, aku gemar mendengar siaran radio IKIM.fm. saluran radio ini sarat dengan infomasi yang berguna sebagai panduan dalam menghabiskan usia yang masih berbaki. namun adakalanya rancangan ini agak membosankan terutama sekali apabila DJ interaksi bersama pendengar melalui telephone. sebab diorang ni bukan nk bertanya soalan pun tapi bercakap seolah-olah ingin membuat satu slot ceramah yang lain. atau pun bila slot org jual barang.frankly speaking aku mmg tak suka.tapi ni la salah satu cara diorang nak terus bersiaran.

salah satu slot yang aku nanti-nantikan adalah slot bersama Prof Muhaya. Beliau merupakan seorang pakar mata. Tetapi beliau banyak membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan, kekeluargaan, motivasi dan juga kesihatan.

satu perkara yang beliau selalu beritahu adalah mengenai kuasa imaginasi. menurut kata Prof Muhaya, kalau ingin dibandingkan dengan kuasa fizikal kuasa, imaginasi adalah lebih berkuasa. dengan kuasa imaginasi kita boleh berada di mana sahaja dengan masa yang singkat atu buat apa sahaja yang kita mahu'

kalau direnungkan semua memang benar apa yang dikatakan oleh Prof Muhaya tu. dengan menggunakan kuasa imaginasi aku yang sekarang ni berada nun jauh di negara paling selatan boleh berada di ruang tamu rumah mak di Alai. bersama-sama mak sedang menonton tv sekarang ni.

kalau ingin dikaitkan dengan perjalanan PHD aku ni, sama sahaja. kalau aku bayangkan poster aku siap dicetak, with a blink of eyes dah tersedia depan mata. cumanya aku perlu bekerja lebih keras untuk memastikan apa yang aku imaginasikan menjadi realiti.

adakalanya, kita perlu berimaginasi...dengan imaginasi ni kita sebenarnya telah membuat peta dalam minda kita arah atau apa yang ingin kita capai...cuba yang membezakan adalah usaha untuk menjadikan sesuatu fantasi menjadi realiti...

so ct continues what you are doing. insyaallah you will get what you want...Insyaallah.

2 comments:

  1. alhamdulilah..akhirnya siap gak poster pertama aku pada peringkat PhD ni...

    ReplyDelete