Sunday, June 26, 2011

Staglands wildlife reserve

sempena hari wellington ni...Wellington city council ni bermurah hati membenarkan orang ramai memasuki tempat-tempat tarikan utama di wellington dengan harga 1 dollar sahaja (bilalah kerajaan negeri melaka nak bermurah hati cam ni). jadi rakan-rakan postgrad ni bercadang untuk mengadakan trip ke Staglands Wildlife Reserve. tempat ni terletak dalam mukim Upper Hut..agak jauh jugak dari wellington city. tempat ni agak terpencil dan laluan ke tempat ini agak mencabar juga.

Staglands wildlife reserve merupakan taman hidupan liar yang agak interaktif...terdapat beberapa haiwan terutama sekali spesis avian seperti burung merak, itik, angsa yang begitu jinak dan tidak takut bila dikerumuni pengunjung....tapi aku masih lagi takut-takut nak pegang...geli sebenarnya...so aku lebih suka nak amik gambar jek....staglands juga merupakan tempat pembiakan spesis terancam seperti Blue Duck...kira aktif gak la mereka ni untuk memastikan haiwan ni dapat dilihat oleh generasi akan datang walaupun bukan di habitat asal mereka....'manusia ni mmg banyak membuat kerosakanlah'..ni adalah beberapa gambar yg aku sempat rakamkan.

sebelum masuk sempat bergambar dulu.


kesian keseorangan...


tapi sekarang ada teman...


suka!!!


simerak yang keseorangan


merak pun nk pose gak


salah satu lokasi pengambaran filem Peter Jackson 'Forgotten Silver'. to be frank aku tak pernah dengar pun citer ni...:P

No comments:

Post a Comment