Tuesday, June 14, 2011

perjalanan yang panjang

Alhamdulilah, akhirnya sampai juga ke bumi Welly ni dengan selamanya. Perjalanan yang dari KLIA--> Changi--> Chirstchurch --> Wellington memakan masa 19 jam termasuk transit memang cukup memenatkan.

Aku berlepas dari KLIA ke Changi pada jam 2.45 ptg. Sesampai di sana aku cuma cuci mata dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Barang-barang berjenama memang banyak yang dijual seperti COACH, Gucci. tapi mata ni hanya mampu memandang tak mampu untuk membeli kerana dalam dompet hanya berbekal 60 dollar jek. cukup untuk membeli makanan sementara menunggu flight ke Chirstchurch. Apa yang menarik di Changi adalah Butterfly garden. aku sempat la masuk kejap. tapi yang tak menarik adalah butterfly garden ni bertangga. cam ne la aku nak tolak bagasi aku yg bergentil2 ni. Jadi lupakan aje la.

Then, flight aku ke Chirstchurch adalah pada jam 7.45 mlm. aku sempat solat jamak takdim magrib dan isyak. maklumla airport singapore ni tak macam airport KLIA siap dengan surau bagai. jadi aku solat la kt mana aku suka. cari sudut2 terpencil sujud mengadap Allah. sepanjang penerbangan tu aku rasa sgt selesa sebab tak ramai org. aku duduk sebaris dgn seorang perempuan yang agak berumur. kami tak berbual pun sebab aku terlalu letih agaknya. aku pura-pura pejam mata. kang buka mulut kang banyak plak citernya....

sesampai di airport Chirstchurch, aku terpaksa ke counter biosecurity sebab aku ada membawa makanan yang perlu diisytihar. tu aku tak kisahlah. tapi yang buat aku nk gelak adalah mamat dan minah kastam ni cam tak puas hati aku bawa habastus sauda. dia saip tanya...'do you intent to plant it here?'...aku senyum jek la...aku cakap la..'this is for health purposes'...tak puas hati lagi...check kt google, wikipedia...dan last sekali dia cakap..'I need to bring it to the lab.' lama gak la aku tunggu...hampir 30 minit...akhirnya dia cakap...'ok, your item is harmless, welcome back!!'fuhh selamat..kalau dia buang mau keciwa sebab habatus sauda tu mak beli masa mak buat haji tahun lepas...

tu adalah antara coretan perjalanan ku...dah selalu sangat mengembara seorang diri...kita tak tau apa yang akan berlaku pada masa hadapan...dengan iringan doa insyaallah Allah akan memelihara kita...

p/s: nasib baik berada di CHCH tu pada waktu pagi, kalau petang tak tau la...maybe hari ni aku masih lagi terkandas di sana disebabkan oleh gempa

No comments:

Post a Comment